Tajuk Berita

Latihan Kawad Kebakaran

16 April 2013 : SK Raja Chulan telah menganjurkan latihan kawad kebakaran . Seluruh warga sekolah, guru, staf dan pelajar bersama-sama menyertai latihan ini.

Antara matlamat program ini ialah untuk memberi pendedahan tentang bahaya kebakaran dan cara-cara menangani kejadian tersebut dengan latihan praktikal seperti menggunakan alat pemadam api dan cara menyelamatkan diri tatkala kejadian. Beberapa simulasi kebakaran telah diadakan  bagi pendedahan dan pengalaman secara terus kepada semua yang mengikuti latihan tersebut.
Rata rata kesemua yang hadir telah menunjukkan kepekaan dan keprihatinan dan merasakan pengalaman dan ilmu yang ditimba amat berguna bukan sahaja semasa di sekolah malah di hari mendatang juga.
Pihak sekolah mengucapkan penghargaan yang tidak terhingga kepada pihak AJK Keselamatan Kawad Kebakaran yang berjaya menjalankan program ini.





No comments: