FOTO ALBUM 2014

Tajuk Berita

PROGRAM PEMBELAJARAN DI LUAR BILIK DARJAH IAITU AKTIVITI BERKUDA PPKIBP SKRC

29 Mac 2017 – Program Pendidikan Khas Integrasi SK Raja Chulan telah mengadakan Program Pembelajaran di luar bilik darjah iaitu Aktiviti Berkuda yang bertempat di Kelab Polo Iskandar, Ipoh, Perak anjuran Panitia Sains PPKIBP SK Raja Chulan. Objektif utama program adalah untuk membolehkan murid-murid mengetahui cara menunggang kuda dengan betul, cara membersihkan kandang kuda, cara memberi kuda makan dan cara memandikan kuda.  Ia merupakan satu terapi yang baik khususnya untuk murid-murid pendidikan khas.




PROGRAM CSR “LOVE THE UNIQUE, A DAY WITH SPECIAL KIDS”

21 FEBRUARI 2017 – Politeknik Ungku Omar Ipoh telah mengadakan Program CSR “Love The Unique, A Day With Special Kids” yang bertempat di Dewan Terbuka Sir Chulan dan Dewan Pendidikan Khas anjuran Program Senibina dan Geomatik, Jabatan Kejuruteraan Awam Politeknik Ungku Omar Ipoh, Perak dengan kerjasama PPKI SK Raja Chulan, Ipoh. Objektif utama program ini ialah untuk mewujudkan jalinan kemesraan dan saling membantu di kalangan pelajar-pelajar Politeknik dengan murid-murid istimewa ini. Beberapa aktiviti telah dijalankan dengan jayanya termasuklah lukisan – lukisan mural yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar Politeknik yang telah pun dipahat dengan kemas di dinding persekitaran bangunan Pendidikan Khas SK Raja Chulan. Diharapkan agar program PRISMA seperti ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang kerana dengan adanya program seperti ini dapat mewujudkan jalinan yang baik di antara masyarakat sekeliling dengan murid-murid istimewa ini.





MUAT TURUN DSKP SEMAKAN 2017 & TEMPLATE PELAPORAN UNTUK SEMUA SUBJEK TERPILIH

Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (BPK) telah memuatnaik semua Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran (DSKP) semakan semula untuk Tahun 1 bagi tahun 2017.

Klik nama subjek untuk muat turun:

Muat Turun Bahan PLuG TMK 2017





Sila klik link di bawah ini untuk mendapat bahan Plug TMK Tahun 1 2017

HARI KOKURIKULUM, HARI KELUARGA DAN PROGRAM PENYAYANG PPKIBP SKRC

27 SEPTEMBER 2016 – Program Pendidikan Khas Integrasi SK Raja Chulan telah mengadakan Program Hari Kokurikulum, Hari Keluarga dan Program Penyayang iaitu Sambutan Hari Lahir Murid PPKIBP SKRC. Objektif utama program ini adalah untuk memberikan pengalaman ketika berada di luar kawasan sekolah seperti di hutan dan yang berkaitan. Pada kali ini, murid-murid ini dapat melakukan aktiviti seperti memasak makanan pencuci mulut iaitu salad buah dan beberapa aktiviti lain seperti jualan makanan, jualan minuman dan jualan Jumbo Sale turut dijalankan. Program ini juga dapat membentuk sikap dan amalan yang positif di kalangan murid dan warga kerja PPKIBP SKRC. Selain itu, dapat meningkatkan potensi murid-murid agar lebih berkeyakinan berhadapan dengan situasi yang lain daripada sedia ada. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran ibubapa murid yang turut membantu di dalam aktiviti memasak bagi aktiviti jualan dan Jumbo Sale. Program ini juga merangkap Majlis Sambutan Hari Lahir  Murid PPKIBP SKRC bagi bulan Mei hingga Ogos.






PROGRAM TERAPI BOWLING DAN TERAPI MEMBELI-BELAH PPKIBP SKRC

17 OGOS 2016 – Program Pendidikan Khas Integrasi SK Raja Chulan telah mengadakan Program Terapi Bowling dan Terapi Membeli-belah yang bertempat di Pasaraya Mydin Meru Ipoh, Perak anjuran Unit Kokurikulum dan Panitia Matematik PPKIBP SK Raja Chulan. Objektif utama program ini ialah membolehkan murid-murid mengetahui cara bermain bowling dengan betul di samping dapat menguatkan motor kasar murid-murid ini. Selain itu, aktiviti terapi bagaimana cara membeli-belah di pasaraya juga dijalankan agar murid-murid ini dapat merasai pengalaman membeli-belah di sesebuah tempat. Ia merupakan satu terapi yang baik khususnya untuk murid-murid pendidikan khas.



Income Tambahan Modal Rendah

BARU LANCAR - Income 100% ke Bank ANDA. Modal kecik, RM10 jer, simpan pun tak jadi apa2. Cuba program ni, mcm2 boleh dapat. * Produk diskaun (lebih RM10) * Web iklan Percuma ** Peluang Jana Income RM 6,250.00 di Stage-3 DAFTAR SEGERA 

Carian ID Yes

Tuliskan No Kad Pengenalan  Anda Dan Tekan 'ENTER'

PROGRAM TERAPI KUDA PPKIBP SKRC

27 APRIL 2016 – Program Pendidikan Khas Integrasi SK Raja Chulan telah mengadakan Program Terapi Kuda yang bertempat di Kelab Polo Iskandar, Ipoh, Perak anjuran Panitia Sains PPKIBP SK Raja Chulan. Objektif utama program ini ialah membolehkan murid-murid mengetahui cara menunggang kuda dengan betul, cara membersihkan kandang kuda, cara memberi kuda makan dan cara memandikan kuda.  Ia merupakan satu terapi yang baik khususnya untuk murid-murid pendidikan khas.









MAJLIS SAMBUTAN HARI LAHIR (BULAN 1-4) DI KFC GUNUNG RAPAT

13 APRIL 2016 – Program Pendidikan Khas Integrasi SK Raja Chulan telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Lahir bagi murid-murid pendidikan khas yang lahir pada bulan Januari hingga April. Seramai 7 orang murid yang diraikan di dalam majlis ini. Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran ibubapa murid.




TERAPI FLORA DI AGRO TECHNOLOGY PARK MARDI CAMERON HIGHLANDS, PAHANG

30 Mac 2016 – Program Pendidikan Khas Integrasi SK Raja Chulan telah mengadakan Terapi Flora di Agro Technology Park MARDI Cameron Highlands, Pahang. Antara tempat yang dilawati ialah Avant Chocolate, Agro Technology Park MARDI, KEA Farm, Ladang Strawberi dan Ladang Teh (Bharat). Lawatan ini bertujuan memberikan pendedahan dan meningkatkan tahap kemampuan murid-murid berkeperluan khas SK Raja Chulan bertoleransi dengan orang awam dan mendedahkan murid kepada tumbuh-tumbuhan, pelbagai jenis bunga dan buah-buahan. Lawatan ini juga dapat memberikan pengalaman kepada murid pendidikan khas mengenai kawasan berbukit tinggi dan beriklim sejuk.




LDP PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH RENDAH (PASR)

28 MAC 2016 – Program Pendidikan Khas Integrasi sekolah rendah bersepakat untuk mengadakan LDP PASR yang bertempat di SK Raja Chulan, Ipoh pada jam 2.00 – 5.00 petang. Sebanyak 5 buah sekolah turut menyertai LDP PASR ini iaitu SK Pasukan Polis Hutan, SK Tambun, SK Seri Mutiara, SK Sungai Rokam dan SK Raja Chulan. PK Pend. Khas dari SK Coronation Park iaitu Pn. Noorhamimah Bt Juli dijemput untuk memberi taklimat mengenai PASR kepada peserta LDP PASR pada hari tersebut.