Tajuk Berita

HARI KOKURIKULUM, HARI KELUARGA DAN PROGRAM PENYAYANG PPKIBP SKRC

15 SEPTEMBER 2015 – Program Pendidikan Khas Integrasi SK Raja Chulan telah mengadakan Program Hari Kokurikulum, Hari Keluarga dan Program Penyayang iaitu Sambutan Hari Lahir Murid dan Guru PPKIBP SKRC. Objektif utama program ini adalah untuk memberikan pengalaman ketika berada di luar kawasan sekolah seperti di hutan dan yang berkaitan. Pada kali ini, murid-murid ini dapat melakukan aktiviti seperti memasak dengan menggunakan dapur gas serta beberapa aktiviti lain. Program ini juga dapat membentuk sikap dan amalan yang positif di kalangan murid dan warga kerja PPKIBP SKRC. Selain itu, dapat meningkatkan potensi murid-murid agar lebih berkeyakinan berhadapan dengan situasi yang lain daripada sedia ada. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran ibubapa murid yang turut membantu di dalam aktiviti memasak. Program ini juga merangkap Majlis Sambutan Hari Lahir  Murid dan Guru PPKIBP SKRC bagi bulan Mei hingga September. Seramai 14 orang murid pendidikan khas yang diraikan bersama-sama dengan 5 orang guru dan PPM pendidikan khas.










No comments: