21
FEBRUARI 2017 – Politeknik Ungku Omar Ipoh telah mengadakan Program CSR “Love
The Unique, A Day With Special Kids” yang bertempat di Dewan Terbuka Sir Chulan
dan Dewan Pendidikan Khas anjuran Program Senibina dan Geomatik, Jabatan
Kejuruteraan Awam Politeknik Ungku Omar Ipoh, Perak dengan kerjasama PPKI SK Raja
Chulan, Ipoh. Objektif utama program ini ialah untuk mewujudkan jalinan
kemesraan dan saling membantu di kalangan pelajar-pelajar Politeknik dengan
murid-murid istimewa ini. Beberapa aktiviti telah dijalankan dengan jayanya
termasuklah lukisan – lukisan mural yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar
Politeknik yang telah pun dipahat dengan kemas di dinding persekitaran bangunan
Pendidikan Khas SK Raja Chulan. Diharapkan agar program PRISMA seperti ini
dapat diteruskan lagi di masa akan datang kerana dengan adanya program seperti
ini dapat mewujudkan jalinan yang baik di antara masyarakat sekeliling dengan
murid-murid istimewa ini.
No comments:
Post a Comment