FOTO ALBUM 2014

Tajuk Berita

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MELAKA

26 - 28 APRIL 2017 – Program Pendidikan Khas Integrasi SK Raja Chulan telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Negeri Melaka. Lawatan ini dijalankan selama 3 hari 2 malam dan 35 orang yang terlibat termasuk murid, ibubapa, guru, PPM dan mantan Guru Besar SK Raja Chulan Tn Hj Syed Musa bin Syed Hashim. Antara tempat yang dilawati ialah Taman Mini Malaysia, Perigi Hang Tuah, menaiki River Cruise, Menara Taming Sari, Lawatan sekitar A’Famosa, Muzium Samudera, Pantai Klebang, Muzium Kapal Selam, Oceanarium dan kawasan sekitar Bandar Hilir. Lawatan ini bertujuan memberikan pendedahan dan meningkatkan tahap kemampuan murid-murid berkeperluan khas SK Raja Chulan bertoleransi dengan orang awam dan mendedahkan murid – murid ini dengan dunia luar.






Tiada ulasan: