Tajuk Berita

PERTANDINGAN FUTSAL PENDIDIKAN KHAS DAERAH KINTA UTARA 2017

9 MEI 2017 – Program Pendidikan Khas Integrasi SK Raja Chulan telah menghantar 5 orang wakil bagi pertandingan ini iaitu ARIF IRFAN BIN AZRUL NIZA, MUHAIMIN BIN MOHAMAD, THAMARAI SELVAN A/L MUNIANDI, MA ZI JIN dan MUHAMMAD ADILSHAHZIMAN BIN MOHD JAMALUDDIN yang bertempat di Arena ProSport Futsal Gunung Rapat, Ipoh. Pasukan ini telah mendapat tempat ke-empat bagi kategori sekolah rendah. Program ini memberi peluang kepada murid pendidikan khas daripada pelbagai kategori mempertingkatkan potensi diri serta bakat dan memupuk minat murid terhadap aktiviti sukan dan permainan. Aktiviti seumpama ini dapat membina proses sosialisasi, keyakinan diri dan motivasi kepada murid – murid istimewa.





No comments: