Tajuk Berita

PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 DAN PRA SEKOLAH 2012

Pada 28 Disember 2011 iaitu pada hari Rabu pihak Sekolah Kebangsaan Raja Chulan telah mengadakan sesi pendaftaran untuk murid Tahun 1 dan Pra Sekolah. Turut diadakan ialah sesi penerangan kepada ibu bapa murid Tahun 1. Majlis ini bermula pada pukul 8:00 pagi dengan bacaan doa yang dibacakan oleh Ustaz Khairul Idham B Rusli.  Seterusnya majlis ini diteruskan dengan ucapan kata alu-aluan oleh  
Tuan Guru Besar Tuan HJ. Ismail B A. Mohamad dan selepas itu majlis ini diteruskan dengan sesi penerangan kepada ibu bapa mengenai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) oleh GPK Hem Pn Paziah Bt Shahbuddin. Bermula tahun 2011, semua sekolah akan menggunakan satu kurikulum baru yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum ini akan dijalankan secara berperingkat di seluruh Malaysia bermula tahun 1 2011. Kurikulum ini selaras dengan perkembangan dan permintaan semasa yang menuntut modal insan yang lebih berkualiti sejajar dengan zaman yang serba maju dan canggih kini. Melalui KSSR, pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks oleh itu guru-guru sedang disedia dan dilatih untuk KSSR. Selesai sesi penerangan, ibu bapa terus ke kelas tahun 1 untuk berjumpa dengan guru kelas untuk  urusan pendaftaran dan yuran sekolah.





No comments: