Tajuk Berita

Majlis Pertukaran Guru

20 Januari - Satu majlis bagi meraikan pertukaran  Tn Hj Ismail B A. Mohamed (Mantan Guru Basar) dan Pn. Norzanita Bt Zari (Mantan PK Koko) telah diadakan. Majlis dimulai dengan ucapan aluan Tn Haji Syed Musa B Syed Hashim, guru besar SK Raja Chulan kemudian dikuti dengan ucapan mantan guru besar dan mantan penolong kanan kokorikulum. Majlis diteruskan lagi dengan sesi penyampaian hadiah dari para guru, murid dan warga skrc. Tn Hj Ismail yang kini bertugas sebagai Penyelia Kanan Rendah 2 di PPD Kinta Utara. Dalam ucapan, beliau berharap sekolah Raja Chulan akan terus maju dan berjaya pada masa hadapan di bawah guru besar yang baharu Tn Hj Syed Musa Bin Syed Hashim. Manakala Pn. Nor Zanita bt Zari, yang dinaikkan pangkat sebagai penyelia petang di SK HJ Mahmud berasa berat hati untuk meninggalkan murid-murid dan guru-guru kerana banyak kenangan indah di sini. Pn NorZanita telah berjaya menaikkan nama sekolah dalam pelbagai bidang kokorikulum antaranya menjadi Johan Kelab Pengguna Daerah Kinta Utara, Johan Life Bouy Kebangsaan, dan Johan Bercerita peringkat Negeri Perak.  Majlis ini turut mengalukan kedatangan Tn Hj Syed Musa Bin Syed Hashim sebagai guru besar yang baharu dan Encik Yusri Bin Mohamad Abdul. 














No comments: