Program Orientasi Tahun Empat 2011 dijalankan pada 10hb Januari 2011 iaitu pada hari Selasa. Program yang berlansung selama tiga hari ini telah melibatkan semua murid tahun 4 , guru kelas dan guru matapelajaran tahun 4. Program ini telah dijalankan di Dewan tertutup d tingkap 4 Blok B.

Program ini berjalan selama lebih kurang 4 jam setiap hari. Syukur Alhamdulillrah segala perancangan dapat dijalankan dengan jayanya kerana semua yang terlibat dalam program ini memberi kerjasama yang jitu.



Tarima kasih juga diucapkan kepada penceramah-pencerama iaitu Tn. Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan HEM, Penolong Kanan Kokurikulum, guru matapelajaran baru tahap II, Kemahiran Hidup, Kajian Tempatan dan Pendidikan Sivik Kewarganegaraan yang telah sanggup meluangkan masa untuk mencurahkan ilmu dan panduan kepada murid-murid.

Majlis bemula dengan pendedahan perubahan sesi dan mengenali guru-guru sesi pagir. Majlis seterusnya di teruskan dengan ucapan daripada Penolong Kanan Pentadbiran Pn Arifah Bt Abdul Murad yang membicarakan tentang kenali diri dan persediaan menghadapi peperiksaan. Seterusnya ucapan tentang disiplin dan panduan murid semasa berada di sekolah telah disampaikan oleh Penolong \Kanan HEM, Pn. Paziah Bt Shahbudin.

Majlis berehat pada pukul 9.50 pagi dan di teruskan dengan ucapan dari Penolong Kanan Kokurikulum Puan Norzanita Bt Zari yang membentangkan tentang Unit Ko-korikulum iaitu Unit Beruniform, Unit Persatuan dan Kelab dan Permainan.

Majlis seterusnya ialah ucapan daripada guru-guru matapelajaran Kajian Tempatan iaitu telah disampaikan oleh Pn Hasniyati Bt Abdullah. Beliau telah menerangkan serba sedikit tentang apa itu matapelajaran Kajian Tempatan. Diteruskan pula dengan matapelajaran kemahiran hidup yang disampaikan oleh En. Ahmad Rosdi Bin Ramli. Seterusnya Pn Yeoh Tho Hon pula menyampaikan taklimat tentang apa itu Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraaan.

Para pelajar telah diberi soalan tugasan oleh guru Kauseling SKRC iaitu Pn. Khoriani. Murid-murid diminta menjawab beberapa soalan (Lampiran ) sebagai menguji minda mereka.

 Melalui program ini dihrapkan agar murid-murid mendapat maklumat baru sebagai panduan untuk kejayaan di masa yang akan datang.


sumber : Buletin SKRC