FOTO ALBUM 2014

Tajuk Berita

Dengue Patrol : Edaran Broucher

Program Gempur Denggi diteruskan lagi hari ini dengan aktiviti mengedar broucher denggi kepada orang ramai di sekitar taman cempaka. Aktiviti ini bertujuan memberi kesedaran kepada komuniti setempat tentang bahaya denggi. Seramai 20 orang murid SK Raja Chulan bersama 7 orang guru menjalankan kempen ini di pasar awam, pekan taman cempaka, perhentian bas dan di restoran-restoran. Sambutan masayarakat setempat amat menggalakkan den mendapat kerja sama yang baik. Kempen Gempur Denggi ini adalah bertujuan memberi kesedaran kepada penduduk komuniti Taman Cempaka tentang bahaya penyakit demam denggi. Di harap aktiviti ini dapat memupuk kesedaran kepada komuniti setempat


sila beri komen anda di link bawah ini.








4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aktiviti yg bagus sambil menyedarkan masyarakat betapa bahayanya denggi

Halimatus Sa'diah berkata...

Semoga sedikit sebanyak usaha murid-murid SK Raja Chulan ini dapat membantu mengurangkan statistik penghidap denggi di kawasan setempat. Syabas!...

Tanpa Nama berkata...

Fakta Mengenai Nyamuk Aedes dan Denggi

Terdapat dua jenis nyamuk Aedes: Aedes aegypti dan Aedes albopictus. Pembawa Denggi yang utama di Malaysia ialah Aedes aegypti.
Nyamuk Aedes ialah binatang pembunuh manusia nombor satu.
Virus Denggi datang dari manusia, nyamuk Aedes cuma pembawanya.
Nyamuk Aedes mampu menjangkitkan Denggi (kepada orang sihat) selepas tujuh hari ia mengigit (mendapat virus dari) pesakit Denggi.
Simtom Denggi mula wujud 3-7 hari selepas gigitan.
Nyamuk yang menghisap darah ialah yang betina sahaja. Nyamuk jantan hisap madu :)
Cuaca panas membuat nyamuk Aedes cepat dewasa (dari 10 hari kepada 5 hari) dan membuat lebih banyak nyamuk betina di lahirkan.
Nyamuk boleh mengesan dan tertarik kepada karbon dioksida.
Nyamuk Aedes sukakan warna gelap. Oleh itu pakai pakaian berwarna cerah untuk elakkan gigitan Aedes.
Terdapat empat jenis virus Denggi (DENV-1, DENV-2, DENV-3 dan DENV-4).
50-100 juta kes jangkitan Denggi baharu berlaku setiap tahun di seluruh dunia. 500,000 daripadanya adalah kes Denggi berdarah.

Tanpa Nama berkata...

Nak kongsikan info berikut pada semua:...

Ciri-ciri Nyamuk Aedes

Berbelang hitam putih pada badan dan kakinya.
Menggigit di waktu awal pagi dan senja.
Membiak di dalam air jernih yang bertakung di dalam dan luar rumah.
Kitaran hidup nyamuk Aedes dari telur hingga menjadi nyamuk dewasa mengambil masa lebih kurang 1 minggu.
Telurnya boleh hidup tanpa air sehingga 9 bulan.
Hanya memerlukan satu sudu teh takungan air untuk membiak.
Jangkahayat seekor nyamuk Aedes betina ialah lebihkurang 1 bulan.
Setiap kali bertelur, ia akan mengeluarkan 60 hingga 100 biji telur, dan sepanjang hayatnya ia mengeluarkan 1000 biji telur.
Virus Denggi dalam ibu nyamuk Aedes akan diwarisi oleh anak-anaknya sehingga tujuh generasi!