Tajuk Berita

PERMOHONAN GURU DAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PPM) BAGI PROGAM SEKOLAH DALAM HOSPITAL


PERMOHONAN PENGISIAN JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS DG 41,DG44 KUP, DG48 KUP) DAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PPM) DI SEKOLAH DALAM HOSPITAL.

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk,

2. Dimaklumkan bahawa pelaksanaan Sekolah Dalam Hospital (SDH) akan diperluaskan di hospital-hospital berikut :

i. Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur

ii. Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan

iii. Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, Terengganu

iiii. Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

3. Sehubungan itu, permohonan adalah dipelawa daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah(PPPS DG 41,DG44 KUP, DG48 KUP) dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) untuk mengisi jawatan di Sekolah Dalam Hospital berkenaan.

4. Mereka yang berminat mengajar dan bertugas di SDH dan memenuhi syarat seperti di Lampiran B, bolehlah mengemukakan permohonan mengunakan borang seperti Lampiran C, sebelum atau pada 31.Mei.2012 melalui email upkjohor@yahoo.com atau faksimini 07-2347127.

5. Sebarang pertanyaan sila hubungi Tuan Haji Ab Rahman di Talian 019-7551020 atau 07-2310004. Sila nyatakan email semasa membuat permohonan.

No comments: