FOTO ALBUM 2014

Tajuk Berita

Pendaftaran Murid Tahun 1 dan Pra Sekolah

 27 Dis - Pendaftaran murid tahun 1 dan pra-sekolah bagi sesi persekolahan 2013 telah berlangsung pada hari ini. Murid-murid hadir bersama para ibu bapa mereka dengan pakaian dan peralatan persekolahan yang serba baru. Ini menunjukkan kesungguhan para ibu bapa dan murid untuk menimba ilmu di sekolah ini. Pada majlis ini, Tn Hj Ismail Bin A. Mohamad, guru besar SK Raja Chulan telah mengalu-alukan warga baru ini. Beliau telah memberi taklimat ringkas mengenai KSSR dan bantuan RM 100 kepada para ibu bapa. Selamat datang ke SK Raja Chulan kepada semua murid tahun 1 dan Pra sekolah.