Tajuk Berita

Lelaki lembut tak dilarang jadi guru

ARAU: Lelaki berperwatakan lembut tidak dihalang daripada menceburi kerjaya perguruan walaupun banyak pihak berusaha menangani gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) supaya tidak menular ke sekolah.

gambar hiasan
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, peluang golongan berkenaan menceburi bidang perguruan masih terbuka sama seperti lelaki lain kerana kementerian tiada sebab menolak permohonan mereka jika mempunyai kelayakan dan kualiti sebagai pendidik.

“Kementerian tidak pernah melaksanakan dasar mendiskriminasi guru berperwatakan lembut, tetapi jika mereka melakukan aktiviti menyalahi etika perguruan dan memberi pengaruh tidak baik kepada pelajar, contohnya menyertai Ratu Pondan, kita akan ambil tindakan.

“Jika ia berlaku, tindakan yang diambil termasuk kaunseling dan amaran, bukannya terus dipecat manakala bagi kes mahkamah, kita akan biarkan mahkamah menentukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Seminar Keibubapaan (Menangani Isu LGBT) di Kolej Matrikulasi Arau, di sini, semalam.

Menurutnya, dalam usaha memerangi isu LGBT berkenaan, tidak wujud ‘dangerous messages’ seperti didakwa golongan terbabit termasuk mendiskriminasi atau menimbulkan kebencian terhadap kumpulan terbabit.

“Malah, dua minggu lalu, saya didatangi seorang guru lelaki meminta bantuan selepas digantung tugas kerana didakwa merangsang pelajar lelaki di sekolahnya,” katanya.

Sumber: Metro

No comments: