Tajuk Berita

Oreintasi Murid Tahun 4 2013

9 Januari - Program orientasi Tahun 4 telah dijalankan bermula pada 8 Jan selama 4 hari.  Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada murid tahun 4 yang baru melangkah ke Tahap 2 tahun ini. Aspek pendedahan merangkumi kurikulum,HEM dan kokorikulum. Murid diberi penegasan mengenai kepentingan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktivit yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Pada hari ini, berlangsung taklimat kegiatan aktiviti kokorikulum yang disampaikan oleh PK Koko Puan Nor Zanita BT Zari. Beliau menegaskan kepentingan penglibatan murid dalam kegiatan kokorikulum kerana permarkahan koko diambil kira sekiranya murid ingin menyambung pelajaran ke sekolah asrama penuh.

Terima kasih kami ucapkan kepada pihak pengurusan dan semua guru terutama Ketua Panitia dan Guru Tahun 4 yang terlibat.





No comments: