Alhamdulillah Pada hari ini Sabtu 14 Februari , acara Larian Merentas Desa telah selamat berjalan dengan lancarnya. Semua guru telah memberikan kerjesama yang memuaskan.
Para pelajar juga telah menunjukkan kesungguhan dan keazaman yang cukup tinggi sepanjanag acara larian berlangsung.Pertandingan ini adalah bertujuan mengcungkil bakat baru untuk pertandingan di peringkat daerah kelak. Segala format pertandingan dan pengurusan sukan merentas desa dilaksanakan mengikut standart MSSN bertujuan memberi pendedahan kepada semua yang terlibat mengenai pengelolaan sukan merentas desa. Guru-guru dan murid-murid memperolehi pengalaman yang berguna dalam pertandingan ini.Pihak sekolah juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya angkatan tentera, polis, ibu bapa bekas-bekas pelajar sekolah, para guru, kakitangan sekolah yang membantu menjayakan program ini. Tidak lupa juga kepada YDP PIBG En Zuhdi B Hashim kerana telah banyak menyumbangkan masa dan keringat untuk menjayakan program ini. Pihak sekolah ingin mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya memenangi larian di semua peringkat kategori.
No comments:
Post a Comment