Tajuk Berita

MAJLIS PERLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH DAN PSS, KETUA /PENOLONG KELAS/, PRS DAN BRIGED BESTARI.


 Upacara pelantikan Pengawas Sekolah, Pusat Sumber Sekolah, Ketua dan penolong kelas, PRS dan Briged Bestari sesi 2013 telah dijalankan pada hari ini , 2 Februari 2013. Guru Besar telah menyampaikan amanat dan pesanan kepada semua pengawas yang dilantik agar menjadi contoh kepada murid lain dari segi penampilan, kebersihan diri dan sikap. Setiap pengawas perlu ada buku catatan kecil untuk tindakan semasa bertugas. Semoga semua pengawas yang dilantik dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan berhemah. Pada tahun ini, dua unit baru telah ditubuhkan iaitu  Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan Briged Bestari.
Terima kasih juga kepada AJK Pengawas kerana menguruskan majlis dengan baik.




No comments: