Tajuk Berita

SK Raja Chulan Terima Pelawat




1 Julai 2013 (Isnin) : Sebanyak 17 pelajar Ibaraki High School dari Osaka, Jepun buat julung kali melawat Sekolah Kebangsaan Raja Chulan dalam usaha mendekatkan diri dan bercampur-gaul dengan masyarakat di luar negara.
Guru pengiringnya, Kanae Maruhashi berkata, lawatan sekolah berkenaan mendapat bantuan daripada Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) di Malaysia itu sekali gus merapatkan lagi hubungan antara rakyat kedua-dua negara.
Pada sesi lawatan tersebut, pelajar-pelajar Ibaraki High School yang rata-ratanya berusia dalam lingkungan 16 hingga 17 tahun beramah mesra dengan warga SK Raja Chulan selain menampilkan persembahan 'soran' yang juga tarian kebudayaan Jepun.


No comments: