Tajuk Berita

LAWATAN KE TAMAN HERBA DAN TERAPI MEMBELI BELAH ‘GREEN SHOPPING’ DI MYDIN RTC GOPENG

23 APRIL 2014 – Program Pendidikan Khas Integrasi SK Raja Chulan telah menjalankan Lawatan ke Taman Herba dan Tapak Tanaman Cili Besar secara Fertigasi berhampiran Botani dan Changkat Larang serta Terapi Membeli Belah ‘Green Shopping’ di Mydin RTC Gopeng pada hari rabu yang lepas. Program anjuran Panitia Sains Pendidikan Khas SK Raja Chulan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid – murid Pendidikan Khas mengenai pelbagai jenis tanaman herba yang terdapat di Malaysia dan juga bagaimana penanaman secara fertigasi dilakukan. Selain itu, terapi membeli belah ‘Green Shopping’ juga bertujuan supaya murid-murid ini dapat membeli pelbagai barangan yang boleh dikitar semula yang boleh menanamkan sikap sayang kepada bumi dan menghargai ciptaan Allah s.w.t ini yang semakin diancam bahaya dan mendatangkan pelbagai kemusnahan alam.






No comments: