Tajuk Berita

Terima sumbangan bantuan hari raya

IPOH – Seramai 8 orang murid yang kurang berkemampuan dari tiga sekolah mampu tersenyum lebar meraikan Aidilfitri apabila Malaysia Building Society Bhd (MBSB) membawa pelajar terbabit berbelanja membeli kelengkapan hari raya di Pasar Mydin Meru Raya.


Timbalan ketua Perniagaan MBSB Wilayah Utara, Zaini Othman berkata, kesyukuran dilahirkan dengan membawa kegembiraan kepada mereka berbanding menyampaikan bantuan melalui sekolah pada tahun-tahun sebelumnya.

Menurutnya, program membeli belah bersama anak yatim dan miskin ini akan diadakan setiap tahun bagi memastikan murid-murid dari golongan itu dapat bersama-sama meraikan Lebaran dalam suasana meriah.

“MBSB turut menyampaikan hamper makanan dan duit raya kepada mereka dan diharap bantuan ni dapat membantu mereka melalui Ramadan dengan sempurna dan menyambut Aidilfitri dengan lebih ceria,” katanya.

No comments: