Tajuk Berita

Formasi Kompang “ Denggi oh Denggi”


Bersempena dengan Kempen Mencegah wabak demam denggi ,  Sekolah kebangsaan Raja Chulan, Ipoh telah mengadakan persembahan formasi kompang yang bertemakan ‘Denggi oh Denggi”. Persembahan ini adalah salah satu daripada aktiviti yang dijalankan oleh  Sekolah Kebangsaan Raja Chulan dalam menjalankan kempen mencegah wabak denggi ini. Persembahan ini telah dipersembahkan oleh murid-murid Tahap 2  sekolah ini. Antara tujuan persembahan ini diadakan adalah untuk menyampaikan mesej  kepada komuniti sekolah dan komuniti setempat tentang bahayanya nyamuk aedes sebagai agen  pembawa demam denggi.  Penggunaan kompang dalam persembahan ini  adalah simbolik  untuk  memerangi nyamuk aedes. Persembahan yang meriah ini bukan sahaja mendapat sambutan daripada warga sekolah, malahan masyarakat setempat juga turut memberi sokongan moral. Adalah menjadi harapan  agar  aktiviti  seperti ini dapat menyampaikan mesej  kepada warga sekolah dan masyarakat setempat tentang perlunya memerangi nyamuk pembawa  penyakit yang bahaya ini.  Kesedaran  ini diharap dapat membantu warga sekolah dan komuniti setempat lebih peka terhadap kebersihan persekitaran dan amalan gaya hidup yang lebih sihat.

sila beri komen anda di link bawah ini.









No comments: