Tajuk Berita

KEJOHANAN OLAHRAGA PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT KINTA UTARA 2016

8 MAC 2016 – Program Pendidikan Khas Integrasi SK Raja Chulan telah menghantar 4 orang wakil bagi pertandingan acara Larian 4x100m ini iaitu MUHAMMAD HAFIZ BIN IRMANSYAH, MOHD NAZREEN BIN ROSLI, MUHAMMAD ADILSHAHZIMAN BIN MOHD JAMALUDDIN dan MA ZI JIN yang bertempat di SMK Seri Ampang, Ipoh. Di dalam acara ini, murid-murid ini telah memenangi tempat pertama. Selain acara ini, acara 100m juga turut mendapat tempat kedua, acara Lompat Jauh mendapat tempat ketiga. Murid yang memenangi acara 100m dan Lompat Jauh ialah MUHAMMAD ADILSHAHZIMAN. Selain itu, PPKI SKRC turut menjadi AJK Hadiah bagi program ini. Program ini memberi peluang kepada murid pendidikan khas menonjolkan bakat, kebolehan dan kemampuan dalam bidang sukan yang diminati. Selain itu, memberi peluang kepada murid pendidikan  khas berinteraksi sesama mereka dari sekolah lain.



No comments: