27 SEPTEMBER 2016 – Program Pendidikan Khas Integrasi SK Raja Chulan telah
mengadakan Program Hari Kokurikulum, Hari Keluarga dan Program Penyayang iaitu
Sambutan Hari Lahir Murid PPKIBP SKRC. Objektif utama program ini adalah untuk
memberikan pengalaman ketika berada di luar kawasan sekolah seperti di hutan
dan yang berkaitan. Pada kali ini, murid-murid ini dapat melakukan aktiviti
seperti memasak makanan pencuci mulut iaitu salad buah dan beberapa aktiviti
lain seperti jualan makanan, jualan minuman dan jualan Jumbo Sale turut
dijalankan. Program ini juga dapat membentuk sikap dan amalan yang positif di
kalangan murid dan warga kerja PPKIBP SKRC. Selain itu, dapat meningkatkan
potensi murid-murid agar lebih berkeyakinan berhadapan dengan situasi yang lain
daripada sedia ada. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran ibubapa murid
yang turut membantu di dalam aktiviti memasak bagi aktiviti jualan dan Jumbo
Sale. Program ini juga merangkap Majlis Sambutan Hari Lahir Murid PPKIBP SKRC bagi bulan Mei hingga Ogos.
No comments:
Post a Comment