FOTO ALBUM 2014

Tajuk Berita

Bantuan sekolah RM100 dibayar 15 Jan

Bantuan persekolahan sebanyak RM100 telah disampaikan kepada pelajar bermula 15 Jan ini, Majlis penyampaian telah diadakan di dewan Sir Chulan. Dalam ucapan Tuan Hj Ismail Bin A. Mohamed, guru besar SKRC  beliau menyebut  “Duit RM100 ini mesti diserahkan kepada ibu bapa pelajar
berkenaan. Sama ada ibu  bapa nak guna duit ini nak bayar yuran PIBG (persatuan ibu bapa dan guru), itu hak mereka tetapi pihak sekolah tidak ada hak untuk potong lebih awal,” katanya pada  hari ini.
Menurutnya, kementerian itu telah mengeluarkan surat pekeliling  mengenai perkara tersebut kepada semu sekolah. Bantuan ini diharap dapat meringankan beban ibu bapa dalam mengurus perbelanjaan persekolahan anak-anak mereka.






Tiada ulasan: