FOTO ALBUM 2014

Tajuk Berita

sambutan maulidur rasul 2013 meriah!

Alhamdulillah, pada tahun ini sekolah sekali lagi berjaya mengadakan sambutan maulidur rasul pada hari ini 25 januari 2013.

Tujuan utama program ini dijalankan ialah supaya pelajar-pelajar Islam  dapatmerasai pengalaman untuk menghadiri program bercorak keIslaman , di samping dapat menyemarakkan lagi rasa kecintaan kepada Nabi Muhammad S.A.W, Insha Allah.

Majlis sambutan dimulai dengan ucapan alu-aluan pengacara majlis seterusnya mendegar ceramah yang disampaikan oleh ustaz Syed Al Bakri  Bin Syed Ishak dari SK Dato Ahmad Said Tambahan I. Isi ceramah yang disampaikan menarik minat pelajar untuk mengetahui sejaran dan perjuangan Rasullulah dalam menegakkan syiar Islam.





Dengan sambutan yang telah berakhir pada pukul 12.00 tengah hari, tidak menandakan berakhirnya juga rasa sayang dan cinta kami kepada Nabi Muhammad S.A.W. Diharap semangat dan kekuatan tersebut akan terus terpahat selama-selamanya dalam hati .
Insha Allah.

Tiada ulasan: