Tajuk Berita

PROJEK MENCIPTA SUDUT KITAR SEMULA PPKIBP SKRC 2014

7 Mei 2014 – Program Pendidikan Khas Integrasi SK Raja Chulan telah menjalankan Projek Mencipta Sudut Kitar Semula PPKIBP SKRC 2014. Sudut ini terletak di belakang bangunan PPKIBP SK Raja Chulan. Aktiviti ini mengambil masa selama 3 hari iaitu bermula dari hari Isnin (5 Mei 2014) – Rabu (7 Mei 2014). Projek ini mengambil tiga peringkat untuk diselesaikan iaitu peringkat pertama dengan mencari dinding yang sesuai, membuat warna latar pada dinding dan membeli bakul sampah dan warna yang diperlukan. Kemudian disusuli dengan peringkat kedua iaitu melukis gambar di bahagian dinding yang telah dipilih tadi. Projek ini diketuai oleh Ketua Panitia Sains Pendidikan Khas iaitu Puan Nazariah Bt. Md Isa. Projek ini diserikan lagi dengan kehadiran guru-guru praktikum seramai 5 orang dari IPGM Ipoh Perak untuk membuat mural di bahagian dinding sekolah yang lain. Projek ini mendapat sokongan padu dari Pn Zainah Hj Junus selaku Penolong Kanan Pendidikan Khas SK Raja Chulan. Projek ini ditaja sepenuhnya oleh pihak sekolah.  


No comments: