Tajuk Berita

PROJEK KEMPEN 3 R (RECYCLE, REUSE & REDUCE)

Januari hingga Mei 2014 – Program Pendidikan Khas Integrasi SK Raja Chulan sedang menjalankan Projek 3R (Recycle, Reduce and Reuse). Projek ini telah mendapat sambutan hangat dikalangan guru-guru, ibu bapa dan murid-murid PPKIBP SK Raja Chulan. Sepanjang bulan Januari hingga Mei 2014, guru dan murid membawa pelbagai barangan yang boleh dikitar semula seperti surat khabar lama, kotak, bekas makanan dan minuman, botol-botol plastik dan tin aluminium. Kutipan hasil jualan barangan kitar semula ini ialah RM 5.00. Wang jualan hasil barangan kitar semula ini akan dikumpul sehingga akhir tahun ini. Wang tersebut akan diagih-agihkan kepada semua murid Pendidikan Khas SK Raja Chulan sebagai token penghargaan kerana menghargai alam sekitar.

No comments: