2-6
MAC 2015 – Program Pendidikan Khas Integrasi SK
Raja Chulan telah mengadakan Program “Sebutlah Sayang” yang merupakan salah
satu program yang dijalankan setiap tahun oleh Jawatankuasa Mata Pelajaran
Bahasa Melayu PPKIBP. Program ini dibahagikan kepada 5 aktiviti iaitu kuiz,
mewarna, bercerita, tulisan kreatif dan cantik dan pertandingan “Puzzle”.
Program ini dapat meningkatkan keupayaan murid untuk berfikir secara lebih
kreatif dan seterusnya dapat memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi
dan bersosial dengan rakan-rakan serta masyarakat. Selain itu, ia diadakan
untuk meningkatkan lagi penguasaan murid-murid untuk berfikir dan menguasai
kemahiran Bahasa Melayu sama ada di dalam pembacaan dan penulisan.
2 comments:
Tahniah...Aktiviti Berjaya mencungkil bakat murid istimewa serta dapat melatih murid untuk menyertai pertandingan walaupun dalam kumpulan yang kecil
Post a Comment