Tajuk Berita

JEMPUTAN BAGI ACARA LARIAN 4X100m

2 APRIL 2015 – Program Pendidikan Khas Integrasi SK Raja Chulan telah menghantar 4 orang wakil bagi pertandingan ini iaitu MUHAMMAD HAFIZ BIN IRMANSYAH, MOHD NAZREEN BIN ROSLI, TEOH EE HOU dan MA ZI JIN yang bertempat di SK Pengkalan Pegoh, Ipoh. Di dalam acara ini, murid-murid ini telah memenangi tempat ke-2. Program ini memberi peluang kepada murid pendidikan khas menonjolkan bakat, kebolehan dan kemampuan dalam bidang sukan yang diminati. Selain itu, memberi peluang kepada murid pendidikan  khas berinteraksi sesama mereka dari sekolah lain.


No comments: