FOTO ALBUM 2014

Tajuk Berita

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE I-CITY SHAH ALAM

22 APRIL 2015 – Program Pendidikan Khas Integrasi SK Raja Chulan telah mengadakan lawatan sambil belajar ke I-CITY Shah Alam, Selangor. Antara tempat yang dilawati ialah Muzium Trick Art, Ice Adventure dan Snowalk. Lawatan ini bertujuan memberikan pendedahan dan meningkatkan tahap kemampuan murid-murid berkeperluan khas SK Raja Chulan bertoleransi dengan orang awam dan mendedahkan murid kepada keadaan sejuk di Snow Walk dan Ice Adventure. Lawatan ini juga bertujuan untuk meninjau daya kreatif murid-murid Pendidikan Khas apabila berdepan dengan gambar-gambar berdimensi 3D di Muzium Trick Art.






Tiada ulasan: