Tajuk Berita

PROGRAM PENYAYANG, MAJLIS KESYUKURAN DAN MAJLIS PERPISAHAN GURU PELATIH

29 APRIL 2015 – Program Pendidikan Khas Integrasi SK Raja Chulan telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Lahir bagi murid-murid pendidikan khas yang lahir pada bulan Januari hingga April. Seramai 4 orang murid yang diraikan di dalam majlis ini iaitu Mohd Nazreen Bin Rosli, Ma Zi Jin, Rene Lee Kotalawela a/l Herbert dan Muhammad Radzi Bin Ghazali. Majlis juga turut meraikan hari lahir guru – guru dan pembantu pengurusan murid yang terlibat. Turut diraikan Majlis Kesyukuran sempena peruntukan pembangunan 50 ribu pendidikan khas yang telah selesai digunakan dan telah dibangunkan sebuah Dewan Terbuka bersebelahan bangunan Pendidikan Khas. Selain itu, turut diraikan Majlis Perpisahan bagi 2 orang guru pelatih di pendidikan khas. Majlis ini turut diserikan lagi dengan kehadiran Cik Rabiatul Adawiyah Bt Bahari (Pegawai PPD Pendidikan Khas Kinta Utara) dan Tuan Haji Fakhrul Nizam B. Pakhruddin (Penolong Pengarah Pendidikan Khas JPN Perak).





No comments: