Tajuk Berita

Showing posts with label HEM. Show all posts
Showing posts with label HEM. Show all posts

Pendaftaran murid tahun 1 bagi sesi persekolahan 2014

3
0 Dis - Pendaftaran murid tahun 1  bagi sesi persekolahan 2014 telah berlangsung pada hari ini. Murid-murid hadir bersama para ibu bapa mereka dengan pakaian dan peralatan persekolahan yang serba baru. Ini menunjukkan kesungguhan para ibu bapa dan murid untuk menimba ilmu di sekolah ini. Pada majlis ini, Tn Hj Syed Musa Bin Tn Hj Syed Hashim iaitu guru besar baharu sekolah ini yang menggantikkan Tn Hj Ismail B A. Mohamed memberi taklimat ringkas mengenai KSSR dan PBS kepada para ibu bapa. Selamat datang ke SK Raja Chulan kepada semua murid tahun 1. Warga SKRC turut mengalukan

Hari Sambutan Kanak-Kanak

Oktober – Sambutan Hari Kanak-Kanak berlangsung dengan meriah sekali. Murid-murid SKRC telah membuat persembahan mengikut kelas masing-masing. Disamping itu, guru-guru kelas telah mengadakan jamuan bagi meraikan murid kelas masing-masing. Pada tahun ini adik Mohamad Hafizzudin Bin Mohd Zuhdi telah dipilih sebagai Tokoh Kanak-Kanak Lelaki dan adik Adik Nivetha a/p Thyagarajah sebagai Tokoh Kanak-Kanak Perempuan

Latihan Kawad Kebakaran

16 April 2013 : SK Raja Chulan telah menganjurkan latihan kawad kebakaran . Seluruh warga sekolah, guru, staf dan pelajar bersama-sama menyertai latihan ini.

Antara matlamat program ini ialah untuk memberi pendedahan tentang bahaya kebakaran dan cara-cara menangani kejadian tersebut dengan latihan praktikal seperti menggunakan alat pemadam api dan cara menyelamatkan diri tatkala kejadian. Beberapa simulasi kebakaran telah diadakan  bagi pendedahan dan pengalaman secara terus kepada semua yang mengikuti latihan tersebut.
Rata rata kesemua yang hadir telah menunjukkan kepekaan dan keprihatinan dan merasakan pengalaman dan ilmu yang ditimba amat berguna bukan sahaja semasa di sekolah malah di hari mendatang juga.

MAJLIS PERLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH DAN PSS, KETUA /PENOLONG KELAS/, PRS DAN BRIGED BESTARI.


 Upacara pelantikan Pengawas Sekolah, Pusat Sumber Sekolah, Ketua dan penolong kelas, PRS dan Briged Bestari sesi 2013 telah dijalankan pada hari ini , 2 Februari 2013. Guru Besar telah menyampaikan amanat dan pesanan kepada semua pengawas yang dilantik agar menjadi contoh kepada murid lain dari segi penampilan, kebersihan diri dan sikap. Setiap pengawas perlu ada buku catatan kecil untuk tindakan semasa bertugas. Semoga semua pengawas yang dilantik dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan berhemah. Pada tahun ini, dua unit baru telah ditubuhkan iaitu  Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan Briged Bestari.
Terima kasih juga kepada AJK Pengawas kerana menguruskan majlis dengan baik.

Pendaftaran Murid Tahun 1 dan Pra Sekolah

 27 Dis - Pendaftaran murid tahun 1 dan pra-sekolah bagi sesi persekolahan 2013 telah berlangsung pada hari ini. Murid-murid hadir bersama para ibu bapa mereka dengan pakaian dan peralatan persekolahan yang serba baru. Ini menunjukkan kesungguhan para ibu bapa dan murid untuk menimba ilmu di sekolah ini. Pada majlis ini, Tn Hj Ismail Bin A. Mohamad, guru besar SK Raja Chulan telah mengalu-alukan warga baru ini. Beliau telah memberi taklimat ringkas mengenai KSSR dan bantuan RM 100 kepada para ibu bapa. Selamat datang ke SK Raja Chulan kepada semua murid tahun 1 dan Pra sekolah.

MAJLIS PERLANTIKAN PENGAWAS 2012

Seramai 92 orang pelajar telah diberi kepercayaan oleh pihak sekolah untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengawas sekolah, pengawas perpustakaan,ketua kelas dan penolong ketua kelas.

Para pelajar ini telah ditauliahkan dalam satu majlis khas yang diadakan pada 24 Februari 2012 (Jumaat) jam 8.00 pagi bertempat di dataran kejat SK Raja Chulan.
Majlis pelantikan pengawas ini telah dirasmikan oleh Tn Hj Sharudin Bin Mohd Isa (mantan Pegawai Pendidikan Unit HEM PPD  Kinta Utara). Pelajar-pelajar yang terpilih ini telah melafazkan ikrar dauntuk menggalas tanggungjawab yang

PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 DAN PRA SEKOLAH 2012

Pada 28 Disember 2011 iaitu pada hari Rabu pihak Sekolah Kebangsaan Raja Chulan telah mengadakan sesi pendaftaran untuk murid Tahun 1 dan Pra Sekolah. Turut diadakan ialah sesi penerangan kepada ibu bapa murid Tahun 1. Majlis ini bermula pada pukul 8:00 pagi dengan bacaan doa yang dibacakan oleh Ustaz Khairul Idham B Rusli.  Seterusnya majlis ini diteruskan dengan ucapan kata alu-aluan oleh  

Pemeriksaan Kesihatan

26 Januari – Bagi memastikan kesihatan murid terjamin, pihak sekolah dengan kerjasama Kementerian Kesihatan sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan murid. Antaranya ialah rawatan pergigian dan suntikan BCG dan Rubella kepada murid tahun 1 dan Tahun 6. Selain itu ceramah kesihatan dan penerangan isu selsema HINI didedahkan supaya murid sentiasa mengambil berat tentang kesihatan diri.

MOTIVASI KEPIMPINAN PENGAWAS

13 Oktober - Kursus Motivasi Kepimpinan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas telah diadakan...
Murid-murid yang terpilih didedahkan dengan nilai dan sikap yang perlu ada dalam diri seorang ketua atau pemimpin. Pelbagai aktiviti yang menyeronokkan dalam bentuk permainan, ice-breaking, perbincangan kumpulan dan banyak lagi telah diadakan. Murid-murid yang mengikuti kursus ini diharap dapat dijadikan role-model kepada murid - murid lain.

JAMUAN PENGAWAS

3 November -Majlis jamuan pengawas sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas disambut dengan sederhana tetapi meriah
3 November -Majlis jamuan pengawas sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas disambut dengan sederhana tetapi meriah di dewan tertutup SKRC. Majlis ini turut meraikan pengawas-pengawas tahun 6 yang akan melangkah kaki ke alam persekolahan menengan pada tahun hadapan.