Tajuk Berita

Showing posts with label Koko. Show all posts
Showing posts with label Koko. Show all posts

SAMBUTAN MERDEKA RAYA PERINGKAT SEKOLAH 2014/1435





Pada 29 Ogos 2014, Sambutan Merdeka Raya telah diadakan di SK Raja Chulan  bertempat di Dewan Sir Chulan.Semua aktiviti-aktiviti sempena kemerdekaan dilaksanakan sepanjang bulan Ogos dan program penutup adalah pada 16 September. yang diselang seli dengan acara Sambutan Hari Raya.

OBJEKTIF
  • Melahirkan murid yang tahu erti kemerdekaan.
  • Memupuk jiwa patriotik dan menghargai kemerdekaan negara dikalangan murid.
  • Menerap semangat muhibah dalam perayaan yang positif di kalangan murid melalui aktiviti yang dirancang.
  • Menjalin semangat kerjasama di kalangan warga sekolah dan badan luar seperti PIBG dan JKKK.




ATURCARA MAJLIS 

10.00 PG   :   Berkumpul di tapak perhimpunan
                :   Nyanyian Lagu Negaraku
                :   Nyanyian Selamat Sultan & Lagu Sekolah
                :   Bacaan Perutusan
                :   Ucapan Guru Besar
                :   Nyanyian Lagu Kemerdekaan dan Patriotik
                :   Bacaan Doa
                :   Laungan Kemerdekaan Sebanyak 7 Kali
10.30 PG   :   Pertandingan Pakaian Beragam
11.00 PG :   Deklamasi Sajak
                :   Pertandingan Lagu-lagu Patriotik (Tahap II)
                :   Pertandingan Lagu-lagu Raya (Tahap I)
12.30 TGH  :   Penyampaian Hadiah
1.00 PTG    :    Bersurai


Kejohanan Sukan Tahunan

September -  Kejohanan Sukan Tahunan pada tahun ini disambut secara dalaman. Acara sukan ini telah dirasmikan oleh En. MohdZuhdi Bin Hashim, YDP PIBG  SK Raja Chulan.. Bagi memastikan penglibatan semua murid, pelbagai acara sukan telah dijalankan seperti acara sebelum sukan, sukantara, sukaneka dan permainan sukan padang \. Kemuncak acara ialah pertandingan tarik tali.Rumah Kuning telah dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Kejohanan Sukan pada tahun ini. Tahniah diucapkan kepada rumah Kuning.

Sambutan Bulan Kemerdekaan Meriah


31 Ogos – Sambutan bulan kemerdekaan disambut dengan meriah pada tahun ini. Majlis sambutan dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku dan lagu-lagu patriotik. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tn Hj Ismail bin Mohamed , Guru Besar SKRC. Sambutan ini bertambah meriah lagi dengan kehadiran pelawat-pelawat warga Jepun yang bersama-sama meyambut bulan kemerdekaan. Kemuncak acara ialah perarakan bendera oleh warga SKRC di Taman Cempaka. Perarakan ini  mendapat kerjasama daripada ahli PIBG, anggota tentera dan polis.

Johan Pertandingan Bercerita Negeri Perak

11 April - Adik Nivetha a/p Thyagarajah  telah dinobatkan sebagai johan Pertandingan Bercerita Peringkat Negeri pada tahun ini. Pertandingan yang diadakan di SMK Anderson itu melibatkan sepuluh peserta yang mewakili PPD masing-masing.  Selain itu, Adik Nivetha a/p Thyagarajah turut berjaya merangkul Johan dalam pertandingan pidato peringkat daerah.  Tahniah diucapkan kepada guru-guru dan adik Nivetha kerana berjaya mengharumkan nama sekolah.

Pertandingan Pidato Kelompok 8 Kinta Utara


11 April - Adik Nivetha a/p Thyagarajah  telah dinobatkan sebagai johan Pertandingan Pidato Kelompok 8 Kinta Utara hari ini.

Menerusi kemenangan tersebut, Adik Nivetha  akan mewakili kelompok 8 ke Pertandingan Pidato Peringkat Daerah Kinta Utara  dijadualkan pada Mei depan.
Naib johan pula disandang oleh peserta daripada SK Sg Rokam  dan tempat ketiga disandang oleh wakil SK Rapat Jaya. Tahniah diuacapkan kepada semua pemenang.


MERIAH!! MAJLIS PENUTUPAN KEJOHANAN RAGBI MSSM 2013


30 April - Majlis penutupan Kejohanan Ragbi MSSM 2013 disambut dengan meriah petang semalam pada jam 5.30 petang setelah tamatnya perlawanan akhir Kategori Bawah 18 tahun yang menjadi perlawanan kemuncak bagi kejohanan pada tahun ini.
Majlis penutup dirasmikan oleh Pengarah Pelajaran Perak, Tn Hj Muhamat Roli bin Hj Hassan bersama-sama dengan dif-dif terhormat yang lain. Majlis penutupan berlangsung sejurus selepas tamatnya perlawanan akhir antara pasukan Negeri Selangor dan

Larian Merentas Desa

Alhamdulillah Pada hari ini Sabtu 14 Februari , acara Larian Merentas Desa telah selamat berjalan dengan lancarnya.  Semua guru telah memberikan kerjesama yang memuaskan.
Para pelajar juga telah menunjukkan kesungguhan dan keazaman yang cukup tinggi sepanjanag acara larian berlangsung.Pertandingan ini adalah bertujuan mengcungkil bakat baru untuk pertandingan di peringkat daerah kelak. Segala format pertandingan dan pengurusan sukan merentas desa dilaksanakan mengikut standart MSSN bertujuan memberi pendedahan kepada semua yang terlibat mengenai pengelolaan sukan merentas desa. Guru-guru dan murid-murid memperolehi pengalaman yang berguna dalam pertandingan ini.Pihak sekolah juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya angkatan tentera, polis, ibu bapa bekas-bekas pelajar sekolah, para guru, kakitangan sekolah yang membantu menjayakan program ini. Tidak lupa juga kepada YDP PIBG En Zuhdi B Hashim kerana telah banyak menyumbangkan masa dan keringat untuk menjayakan program ini. Pihak sekolah ingin mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya memenangi larian di semua peringkat kategori.
Majulah Sukan Untuk Negara





Kejohanan Sukan Tahunan


26 Mei -  Kejohanan Sukan Tahunan pada tahun ini disambut dengan meriah sekali. Pada tahun ini , kiraan  pungutan mata rumah sukan mengambil kira jumlah mata pertandingan sukan permainan yang telah diadakan sebelum sukan. Permainan

Perkhemahan Keris Emas

7 April – Perkhemahan  Pengakap Keris Emas telah dijalankan di SK Rapat Jaya , Batu Gajah. Seramai 5 orang peserta telah menghadiri perkhemahan ini sebagai persediaan untuk perkehemahan Rambu. Tahniah kepada semua guru pengakap yang terlibat yang menunjukkan komitmen bagi menjayakan perkhemahan ini.

Perkhemahan Koperal TKRS



25 Mac – Bertempat di Pusat Kokorikulum Pos Raya, seramai 10 orang anggota TKRS telah berjaya menjalani perkhemahan kenaikan pangkat Koperal. Perkhemahan ini memberi pendedahan kepada murid terhadap kegiatan luar bilik darjah yang membentuk jati diri murid selain memberi pengalaman dan pengetahuan yang berguna.

Pertandingan Ping Pong

19 januari - Buat julung kalinya Sek. Keb. Raja Chulan menghantar peserta dalam Pertandingan Ping-Pong MSSD Daerah Kinta Utara. SK Raja Chulan menghantar 4 orang peserta. Acara yang dipertandingkan

PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT UNIFORM


8 Oktober - Seramai 89 peserta daripada pelbagai unit uniform telah mengikuti perkhemahan tahunan selama 3 hari 2 malam di SK Raja Chulan. Perkhemahan ini bertujuan memberi sijil dan pangkat kepada anggota unit uniform sekolah iaitu pasukan pengakap, tkrs dan puteri islam. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan oleh guru-guru selaku fasilitator. Peserta perkhemahan mendapat pelbagai input kemahiran gerak kerja kokorikulum terutamanya pembentukan displin diri. Selain memperolehi pengalaman berkhemah, murid diterapkan dengan nilai-nilai murni supaya menjadi pelajar yang cemerlang.