Tajuk Berita

Showing posts with label Panatia Agama Islam. Show all posts
Showing posts with label Panatia Agama Islam. Show all posts

Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah

Pada hari  ini Jumaat yang lalu bersamaan 25hb Julai 2014  telah diadakan Majlis  Khatam Al-Quran  Peringkat Sekolah bertempat di Dewan Sir Chulan. Majlis telah dihadiri oleh oleh semua guru dan warga SKRC









Terima sumbangan bantuan hari raya

IPOH – Seramai 8 orang murid yang kurang berkemampuan dari tiga sekolah mampu tersenyum lebar meraikan Aidilfitri apabila Malaysia Building Society Bhd (MBSB) membawa pelajar terbabit berbelanja membeli kelengkapan hari raya di Pasar Mydin Meru Raya.


Timbalan ketua Perniagaan MBSB Wilayah Utara, Zaini Othman berkata, kesyukuran dilahirkan dengan membawa kegembiraan kepada mereka berbanding menyampaikan bantuan melalui sekolah pada tahun-tahun sebelumnya.

Menurutnya, program membeli belah bersama anak yatim dan miskin ini akan diadakan setiap tahun bagi memastikan murid-murid dari golongan itu dapat bersama-sama meraikan Lebaran dalam suasana meriah.

“MBSB turut menyampaikan hamper makanan dan duit raya kepada mereka dan diharap bantuan ni dapat membantu mereka melalui Ramadan dengan sempurna dan menyambut Aidilfitri dengan lebih ceria,” katanya.

Program Sambutan Maulidur Rasul 2014


Alhamdulillah, pada tahun ini sekolah sekali lagi berjaya mengadakan sambutan maulidur rasul pada hari ini 25 januari 2014.

Tujuan utama program ini dijalankan ialah supaya pelajar-pelajar Islam  dapat merasai pengalaman untuk menghadiri program bercorak keIslaman , di samping dapat menyemarakkan lagi rasa kecintaan kepada Nabi Muhammad S.A.W, Insha Allah. 

Majlis sambutan dimulai dengan ucapan alu-aluan pengacara majlis seterusnya mendegar ceramah yang disampaikan . Isi ceramah yang disampaikan menarik minat pelajar untuk mengetahui sejaran dan perjuangan Rasullulah dalam menegakkan syiar Islam.

Majlis Khatam Al-Quran

Ogos – Sambutan Majlis Khatam Al-Quran berlangsung di Dewan Sir Chulan. Seramai 250 murid dan guru terlibat dalam majlis khatam ini. Majlis ini bertujuan memupuk budaya membaca Al-Quran. Pada majlis ini, sumbangan bantuan telah diberi kepada anak-anak yatim sebagai persediaan menyambut hari raya. Majlis ini dianjurkan oleh Panitia Agama Islam dengan kerjasama PIBG

sambutan maulidur rasul 2013 meriah!

Alhamdulillah, pada tahun ini sekolah sekali lagi berjaya mengadakan sambutan maulidur rasul pada hari ini 25 januari 2013.

Tujuan utama program ini dijalankan ialah supaya pelajar-pelajar Islam  dapatmerasai pengalaman untuk menghadiri program bercorak keIslaman , di samping dapat menyemarakkan lagi rasa kecintaan kepada Nabi Muhammad S.A.W, Insha Allah.

Majlis sambutan dimulai dengan ucapan alu-aluan pengacara majlis seterusnya mendegar ceramah yang disampaikan oleh ustaz Syed Al Bakri  Bin Syed Ishak dari SK Dato Ahmad Said Tambahan I. Isi ceramah yang disampaikan menarik minat pelajar untuk mengetahui sejaran dan perjuangan Rasullulah dalam menegakkan syiar Islam.

Program Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

 Pagi hari Jumaat 17 Februari 2012 telah diadakan program sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Program bermula pada jam 7.40 pagi. Program dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Khairul Idham dan seterusnya ucapan Tn Hj Ismail Bin A. Mohamad, Guru Besar Sk Raja Chulan. Beliau menekankan perlunya para murid mencontohi ahklak Rasulullah. Seterusnya para hadirin mendengar ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh penceramah jemputan. Majlis tamat pada jam 10.00 pagi dan selepas itu diadakan pertandingan kuiz berhubung sirah kehidupan baginda Rasulullah s.a.w.
Berikut ialah gambar-gambar sekitar program Sambutan Maulidur Rasul pada pagi itu.