Tajuk Berita

KATA BILANGAN TAHUN 6


Mudahnya belajar Bahasa Melayu!!! Video ini khas disediakan untuk murid-murid SK bagi matapelajaran Bahasa Melayu. Penggunaan visual dan audio yang menarik  bagi menyampaikan isi pengajaran dapat memudahkan lagi pemahaman murid untuk menguasai isi pengajaran yang disampaikan dalam video ini. 

Murid akan mengetahui jenis-jenis dan contoh-contoh ayat kata bilangan untuk mata pelajaran Bahasa Melayu. Latihan disertakan bagi menguji tahap pemahaman murid. Sesuai digunakan oleh guru untuk aktiviti pengukuhan, pengayaan dan ulangkaji kepada murid. Video ini juga sesuai ditonton oleh murid Tahun 4 dan Tahun 5. 

Penghasilan video ini adalah atas usahasama eDidik Malaysia dan Kelab Guru Malaysia yang melahirkan youtuber di kalangan guru Malaysia.  Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.  Bersama-sama kongsikan kebaikan, sebarkan kebaikan.  Terima kasih atas sokongan. (VIEW, LIKE, SHARE, SUBCRIBE) 


Link video pengajaran boleh ditonton dibawah ini:

https://youtu.be/6FHuIPPFLAA

KATA HUBUNG TAHUN 6


Tatabahasa Bahasa Melayu Tahun 6 bertajuk Kata Hubung. Mari belajar bersama guru dan rakan-rakan dengan menonton video ini. Selamat belajar.
Bersama-sama kongsikan kebaikan, sebarkan kebaikan.  Terima kasih atas sokongan. (VIEW, LIKE, SHARE, SUBCRIBE)

Link video pengajaran boleh ditonton dibawah ini:

https://youtu.be/qhBTozZRrkc

KATA SENDI NAMA TAHUN 6


Satu inisiatif khas eDIDIK Malayisa dan Kelab Guru Malaysia membentuk komuniti Youtuber dari kalangan guru-guru bagi menyumbang video menarik dalam pelantar perkongsian Youtube di Malaysia.

Justeru, bagi menyahut seruan dan cabaran ini, kami guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah membina beberapa himpunan video PdPc mengikut tahun,bidang dan topik. Oleh itu, Cikgu Jinggojohan telah membina video mengenai tajuk Kata Sendi Nama Tahun 6. Video ini juga sesuai ditonton oleh murid Tahun 4 dan Tahun 5 

Terima kasih kerana berkunjung ke ruangan ini. Untuk maklumat lanjut berkaitan video ini anda dialu-alukan untuk menonton melalui pautan berikut:

https://youtu.be/Zy4Bna0AL6g

Bersama-sama kongsikan kebaikan, sebarkan kebaikan.  Terima kasih atas sokongan. (VIEW, LIKE, SHARE, SUBCRIBE)


Video pengajaran Tatabahasa Bahasa Melayu tahun 6 bertajuk Kata Kerja.

Video pengajaran Tatabahasa Bahasa Melayu tahun 6 bertajuk Kata Kerja. 


Mencari video PdPc berkaitan kata kerja? Boleh menjadi rujukan untuk ulangkaji dan bahan pengajaran yang boleh dikongsikan kepada murid-murid.. Video ini adalah salah satu prkongsian berkaitan tajuk tatabahasa Bahasa Melayu iaitu Kata Kerja, Latihan dan contoh penggunaan kata kerja disediakan dalam video ini.Pemahaman berkaitan tajuk ini membantu murid menjawab soalan pemahaman Bahasa Melayu.Jangan lepaskan peluang ikuti siri perkongsiannya

Bersama-sama kongsikan kebaikan, sebarkan kebaikan.  Terima kasih atas sokongan. (VIEW, LIKE, SHARE, SUBCRIBE)

Link video pengajaran boleh ditonton dibawah ini:

https://youtu.be/uDLVXDfo0bc

KATA BANTU TAHUN 6


Video pengajaran Tatabahasa Bahasa Melayu tahun 6 bertajuk Kata Bantu. Penggunaan visual dan audio yang menarik  bagi menyampaikan isi pengajaran dapat memudahkan lagi pemahaman murid untuk menguasai isi pengajaran yang disampaikan dalam video ini. Murid akan mengetahui jenis-jenis dan contoh-contoh ayat kata bantu untuk mata pelajaran Bahasa Melayu.

Latihan disertakan bagi menguji tahap pemahaman murid. Sesuai digunakan oleh guru untuk aktiviti pengukuhan, pengayaan dan ulangkaji kepada murid. Video ini juga sesuai ditonton oleh murid Tahun 4 dan Tahun 5. Penghasilan video ini adalah atas usahasama eDidik Malaysia dan Kelab Guru Malaysia yang melahirkan youtuber di kalangan guru Malaysia.  Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. 

Bersama-sama kongsikan kebaikan, sebarkan kebaikan.  Terima kasih atas sokongan. (VIEW, LIKE, SHARE, SUBCRIBE)

Link video pengajaran boleh ditonton dibawah ini:

https://youtu.be/VqGPBL8oEH8

11 Aplikasi Terhangat Masa Kini Untuk PdPc PAK21

Cikgu-cikgu pasti nak tahu apa 'trend' terkini apps pendidikan ataupun perisian untuk pembelajaran PAK21. Di sini saya kongsikan beberapa apps yang cikgu perlu tahu agar tidak ketinggalan.



1. Kahoot!
Satu bentuk kuiz mudah yang interaktif dengan menggunakan cue warna sebagai jawapan. Set soalan boleh dibuat sendiri ataupun rujuk kepada set-set soalan yang telah dibuat oleh pengguna-pengguna lain. Di akhir kuiz, analisis kuiz boleh didapatkan untuk menilai hasil pembelajaran. 



2. Quizziz
Sama seperti Kahoot!. Bezanya Quizziz boleh digunakan mengikut kesesuaian masa murid tidak seperti Kahoot! yang perlu dijalankan serentak. Boleh juga dijadikan kerja rumah kepada murid. Setelah semua murid selesai menjawab kuiz, satu analisis boleh didapatkan. 

WORLD'S LARGEST LESSON (WLL) PERINGKAT SEKOLAH

Jumaat 28 Julai 2017- Perlaksanaan WLL di peringkat sekolah





PERTANDINGAN FUTSAL PENDIDIKAN KHAS DAERAH KINTA UTARA 2017

9 MEI 2017 – Program Pendidikan Khas Integrasi SK Raja Chulan telah menghantar 5 orang wakil bagi pertandingan ini iaitu ARIF IRFAN BIN AZRUL NIZA, MUHAIMIN BIN MOHAMAD, THAMARAI SELVAN A/L MUNIANDI, MA ZI JIN dan MUHAMMAD ADILSHAHZIMAN BIN MOHD JAMALUDDIN yang bertempat di Arena ProSport Futsal Gunung Rapat, Ipoh. Pasukan ini telah mendapat tempat ke-empat bagi kategori sekolah rendah. Program ini memberi peluang kepada murid pendidikan khas daripada pelbagai kategori mempertingkatkan potensi diri serta bakat dan memupuk minat murid terhadap aktiviti sukan dan permainan. Aktiviti seumpama ini dapat membina proses sosialisasi, keyakinan diri dan motivasi kepada murid – murid istimewa.





PROGRAM PENYAYANG DAN URUS DIRI /SAMBUTAN HARI LAHIR MURID (BULAN 1 – 4) DAN MAJLIS PERPISAHAN GURU PELATIH

5 MEI 2017 – Program Pendidikan Khas Integrasi SK Raja Chulan telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Lahir bagi murid-murid pendidikan khas yang lahir pada bulan Januari hingga April. Seramai 5 orang murid yang diraikan di dalam majlis ini. Selain itu, turut diraikan Majlis Perpisahan bagi 2 orang guru pelatih di pendidikan khas. 

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MELAKA

26 - 28 APRIL 2017 – Program Pendidikan Khas Integrasi SK Raja Chulan telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Negeri Melaka. Lawatan ini dijalankan selama 3 hari 2 malam dan 35 orang yang terlibat termasuk murid, ibubapa, guru, PPM dan mantan Guru Besar SK Raja Chulan Tn Hj Syed Musa bin Syed Hashim. Antara tempat yang dilawati ialah Taman Mini Malaysia, Perigi Hang Tuah, menaiki River Cruise, Menara Taming Sari, Lawatan sekitar A’Famosa, Muzium Samudera, Pantai Klebang, Muzium Kapal Selam, Oceanarium dan kawasan sekitar Bandar Hilir. Lawatan ini bertujuan memberikan pendedahan dan meningkatkan tahap kemampuan murid-murid berkeperluan khas SK Raja Chulan bertoleransi dengan orang awam dan mendedahkan murid – murid ini dengan dunia luar.






PROGRAM PEMBELAJARAN DI LUAR BILIK DARJAH IAITU AKTIVITI BERKUDA PPKIBP SKRC

29 Mac 2017 – Program Pendidikan Khas Integrasi SK Raja Chulan telah mengadakan Program Pembelajaran di luar bilik darjah iaitu Aktiviti Berkuda yang bertempat di Kelab Polo Iskandar, Ipoh, Perak anjuran Panitia Sains PPKIBP SK Raja Chulan. Objektif utama program adalah untuk membolehkan murid-murid mengetahui cara menunggang kuda dengan betul, cara membersihkan kandang kuda, cara memberi kuda makan dan cara memandikan kuda.  Ia merupakan satu terapi yang baik khususnya untuk murid-murid pendidikan khas.




PROGRAM CSR “LOVE THE UNIQUE, A DAY WITH SPECIAL KIDS”

21 FEBRUARI 2017 – Politeknik Ungku Omar Ipoh telah mengadakan Program CSR “Love The Unique, A Day With Special Kids” yang bertempat di Dewan Terbuka Sir Chulan dan Dewan Pendidikan Khas anjuran Program Senibina dan Geomatik, Jabatan Kejuruteraan Awam Politeknik Ungku Omar Ipoh, Perak dengan kerjasama PPKI SK Raja Chulan, Ipoh. Objektif utama program ini ialah untuk mewujudkan jalinan kemesraan dan saling membantu di kalangan pelajar-pelajar Politeknik dengan murid-murid istimewa ini. Beberapa aktiviti telah dijalankan dengan jayanya termasuklah lukisan – lukisan mural yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar Politeknik yang telah pun dipahat dengan kemas di dinding persekitaran bangunan Pendidikan Khas SK Raja Chulan. Diharapkan agar program PRISMA seperti ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang kerana dengan adanya program seperti ini dapat mewujudkan jalinan yang baik di antara masyarakat sekeliling dengan murid-murid istimewa ini.





MUAT TURUN DSKP SEMAKAN 2017 & TEMPLATE PELAPORAN UNTUK SEMUA SUBJEK TERPILIH

Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (BPK) telah memuatnaik semua Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran (DSKP) semakan semula untuk Tahun 1 bagi tahun 2017.

Klik nama subjek untuk muat turun: