Tajuk Berita

MAJLIS PERSARAAN CIKGU YANG MAZNI

 Januari 2011 - Majlis Persaraan Puan Yang Mazni Bt Yahaya, PK HEM SK Raja Chulan telah diadakan di dewan terbuka SK Raja Chulan pada jam 8.30 pagi
tadi. Majlis yang penuh sejarah dan bermakna ini turut dihadiri oleh pihak PPD iaitu Tuan Pegawai Penyelia HEM Daerah Kinta Utara Tn Hj. Shahruddin Bin Hj Isa dan En Mohd Zuhdi Bin hashim , YDP PIBG Sek. Keb. Raja Chulan.Puan
Yang Mazni Bt Yahaya  yang memilih untuk bersara pada umur 50 tahun ini telah berkhidmat selama 28  tahun sebagai guru bermula pada tahun 1982 di SK Panglima Bukit Gantang. Kemudian beliau telah ditukarkan ke beberapa buah sekolah lain seperti SK Convent, SK Sri Ampang dan akhirnya memilih bersara di SK Raja Chulan.


Dalam ucapan akhir beliau mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak terutama pihak pengurusan sekolah serta semua guru yang banyak membantu dan memberi sokongan kepada beliau sewaktu bertugas sebagai PK Hem. Beliau juga memohon berbanyak kemaafan daripada semua pihak yang mengenali beliau terutama warga pendidikan sekiranya ada sebarang kesilapan yang dilakukan oleh beliau sepanjang bertugas sebagai guru.








No comments: