Tajuk Berita

Pendaftaran Murid Tahun 1 dan Pra Sekolah.

1 Jan - Hari ini merupakan sejarah baru bagi murid murid yang mendaftar ke Tahun 1 dan Pra-Sekolah sesi persekolahan 2011. Sempena cuti umum Tahun Baru, para ibu-bapa meluangkan masa mendaftar anak-anak mereka ke sekolah ini. Pada tahun ini jumlah murid yang mendaftar ke tahun 1 ialah seramai 74 orang dan tiga kelas dibuka bagi menampung murid-murid baru ini. Majoriti murid menunjukkan kesediaan untuk bersekolah dengan pakaian yang serba baru dan semangat yang bekobar-kobar. Kebanyakan murid yang mendaftar telah mendapat pendidikan awal pra-sekolah di sekolah ini. Jadi kalangan mereka sudah biasa dengan suasana dan budaya sekolah ini.
Manakala, pendaftaran untuk kemasukan Pra-Sekolah menunjukkan peningkatan. Ini bermakna ibu bapa mengetahui betapa pentingnya pendidikan awal untuk anak-anak mereka. Aktiviti yang diadakan pada hari ini ialah taklimat kepada ibu bapa oleh Puan Faeyzah Bt Abdul Rahman ( Guru Besar) dan Puan Lee Sau Ngan (Guru Displin). Murid-murid turut dibawa ke bilik darjah dan merasai pengalaman pertama suasana pembelajaran di dalam kelas. Guru - guru kelas memberi bimbingan awal kepada murid tentang proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.Selain itu, ibu-bapa turut membuat pembayaran yuran dan membeli buku serta peralatan persekolahan anak-anak mereka di sekolah ini. Pembayaran dibuat melalui guru kelas. Semoga murid-murid ini membawa sinar harapan kepada sekolah ini.





No comments: