14 Feb - Sambutan Maulidur Rasul telah diadakan secara sedrhanan tahun ini. Majlis dimulakan dengan bacaan salawat bagi mengingati Nabi junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.Kemudian majlis diteruskan dengan tayangan slaid sirah kehidupan nabi Muhammad s.a.w dan kuiz.
Di sini saya ingin mengucapkan salam Maulidur Rasul untuk tahun 2011M bersamaan 1432H.
Oleh yang demikian saya ingin berkongsi beberapa kelebihan yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w. Menurut Jabir, Rasulullah pernah berkata yang ertinya: “Aku telah diberikan 5 perkara yang tidak seorang pun daripada para nabi sebelumku diberikan, iaitu:
- 1.Aku dibantu dengan daya menakutkan musuh sejauh perjalanan sebulan.
- 2.Diuntukkan bagiku bumi ini, dimana-mana sahaja boleh dijadikan tempat bersujud dan keadaannya suci. Maka sebarang umatku yang telah datang kepadanya waktu sembahyang, hendaklan tampil sembahyang.
- 3.Dihalalkan harta rampasan perang bagiku dan tidak halal bagi seorang pun sebelumku.
- 4.Aku diberi kuasa untuk beri syafaat.
- 5.Setiap nabi dibangkitkan untuk menyeru kaumnya sahaja, tapi aku dibangkitkan untuk menyeru seluruh manusia.”
Begitulah kelebihan Rasulullah s.a.w. yang telah diberikan oleh Allah s.w.t. jika dibandingkan dengan nabi sebelum beliau.
Sumber: http://blog.mohdisa.com/sambutan-maulidur-rasul-2011.html#ixzz1E2PPstor
No comments:
Post a Comment