Tajuk Berita

Sambutan Hari Guru





16 Mei 2011 (Isnin)) - Hari ini telah berlangsung sambutan Hari Guru Peringkat SK Raja Chulan, Ipoh. Semua warga SK Raja Chulan berkumpul di dewan terbuka berhampiran dataran kejat  .Acara dimulakan dengan  bacaan doa oleh ustaz Khairul Idham.. Kemudian diikuti ucapan ringkas daripada
Tuan Guru Besar Puan Faeyzah Bt Abdul rahman. Seterusnya bacaan teks ucapan Sambutan hari Guru daripada Pengarah Pelajaran Malaysia yang dibacakan oleh Puan Arifah Bt Hj Murad, Penolong Kanan 1.
Acara diteruskan lagi dengan bacaan ikrar dan nyanyian tema Hari guru oleh semua warga pendidik SKRC. Pada sambutan kali ini, para guru berbesar hati menyumbangkan bakat terpendam masing-masing dengan mengadakan persembahan bagi menghiburkan para murid-murid. Guru-guru dibahagikan kepada 7 kumpulan dan setiap kumpulan telah memberikan persembahan yang menghiburkan. Syabas diucapkan. Kemuncak acara ialah penyampaian hadiah dan cenderamata oleh murid-murid kepada guru-guru kesayangan mereka. Majlis berakhir pada pukul 12.30 hari.



No comments: