Tajuk Berita

Persembahan Senam Seni

Persembahan senam seni telah dijalankan di Sk Raja Chulan sempena kempen Misi Mencegah Denggi. Sk Raja Chulan sedang menjalankan kempen pencegahan wabak demam denggi. Pelbagai program dan aktiviti akan dilaksanakan bagi merancakkan kempen ini. Antaranya ialah persembahan senam seni yang bertemakan nyamuk aedes iaitu simbol utama pembawaan virus denggi telah dijalankan pada hari ini. Senam seni ini selain bertujuan memberi info tentang bahaya nyamuk aedes sebagai agen utama pembawa penyakit demam denggi. Persembahan senam seni ini berlangsung selama 40 minit diketuai oleh murid-murid tahun 6 sambil memakai kostum pakaian nyamuk aedes. Aktiviti ini mendapat samputan warga Sk raja Chulan dan komuniti setempat. Adalah menjadi harapan supaya aktiviti senam seni in dapat menyampai mesej kepada warga Sk Raja Chulan dan komuniti Taman Cempaka tentang bahaya demam denggi dan memperkenalkan gaya hidup sihat tanpa denggi. ."PERANGI DENGGI, GEMPUR AEDES"....
sila beri komen anda di link bawah ini.











3 comments:

Anonymous said...

AKTIVITI YANG SANGAT MENARIK. NAMPAK ENJOY SANGAT! SEMOGA TERUS SIHAT DAN CERIA TANPA AEDES..

Anonymous said...

Terpamer semangat dan kerjasama yang jitu dalam menjayakan Kempen Perangi Aedes. Tahniah kepada semua murid dan warga kerja SK Raja Chulan, Ipoh.

Unknown said...

Adat berjiran janganlah sombong,
Tegur menegur hidup sepakat;
Selepas bersenam bergotong-royong,
Aedes digempur badan pun sihat.

Kena sama-sama bersihkan rumah, bersihkan sekolah.. Kalau tak, cepat laa jentik2 tu hidup kat air bertakung.. Haaaa.. lagi satu, fogging bukan hisap rokok atau hisap vape ramai2 ye..