Tajuk Berita

Pendaftaran murid tahun 1 bagi sesi persekolahan 2014

3
0 Dis - Pendaftaran murid tahun 1  bagi sesi persekolahan 2014 telah berlangsung pada hari ini. Murid-murid hadir bersama para ibu bapa mereka dengan pakaian dan peralatan persekolahan yang serba baru. Ini menunjukkan kesungguhan para ibu bapa dan murid untuk menimba ilmu di sekolah ini. Pada majlis ini, Tn Hj Syed Musa Bin Tn Hj Syed Hashim iaitu guru besar baharu sekolah ini yang menggantikkan Tn Hj Ismail B A. Mohamed memberi taklimat ringkas mengenai KSSR dan PBS kepada para ibu bapa. Selamat datang ke SK Raja Chulan kepada semua murid tahun 1. Warga SKRC turut mengalukan

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN (KSSR) SAINS TAHUN 4 2014

SILA KLIK LINK DI BAWAH INI

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI KSSR TAHUN 4 2014 RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN

SILA KLIK LINK DI BAWAH INI

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN EMPAT 2014

SILA KLIK LINK DI BAWAH INI

Rancangan Pelajaran Tahunan Matematik Tahun 4, 2014

SILA KLIK LINK DI BAWAH INI

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN BAHASA INGGERIS KSSR SK 2014 TAHUN 4

SILA KLIK LINK DI BAWAH INI

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN B. ARAB TAHUN 4 2014

SILA KLIK LINK DI BAWAH INI

RANCANGAN TAHUNAN KSSR PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4 2014

SSILA KLIK LINK DI BAWAH INI

RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4 2014

SILA KLIK LINK DI BAWAH INI 

Draf Rancangan Tahunan Pend. Jasmani Tahun 4 KSSR 2014

SILA KLIK LINK DI BAWAH INI

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN 4 KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH 2014

SILA KLIK LINK DI BAWAH INI

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN KSSR BAHASA MALAYSIA TAHUN 4 2014

SILI KLIK LINK DI BAWAH INI

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN MUZIK TERKINI 2014

KLIK LINK DI BAWAH INI

Memperkasakan Pengurusan Panitia Sekolah

Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik 2013

14 November - Sambutan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik pada tahun ini disambut meriah. Majlis yang bertujuan meraikan murid-murid SKRC yang berjaya dalam kurikulum, kokorikulum, sahsiah dan mata pelajaran. Murid-murid yang berjaya diberi hadiah dan sijil sebagai pengitirafan pihak sekolah atas kejayaan mereka. Kehadiran ibu dan bapa yang turut memberi sokongan kepada majlis ini amat membanggakan. Majlis ini telah dirasmikan oleh Datuk Aminuddin Bin Hanafiah, Adun Hulu Kinta.

Jamuan Perpisahan Murid Tahun 6

November – Sudah menjadi kelaziman Majlis Perpisahan Murid Tahun 6 diadakan pada setiap tahun. Majlis ini diuruskan sendiri oleh murid-murid tahun 6 dengan bimbingan guru-guru tahun 6. Tujuan majlis ini diadakan ialah memberi pendedahan kepada murid mengurus sesuatu acara disamping menberi penghargaan kepada murid tahun 6 yang akan menjejak kaki ke alam persekolahan menengah pada tahun hadapan.

Hari Sambutan Kanak-Kanak

Oktober – Sambutan Hari Kanak-Kanak berlangsung dengan meriah sekali. Murid-murid SKRC telah membuat persembahan mengikut kelas masing-masing. Disamping itu, guru-guru kelas telah mengadakan jamuan bagi meraikan murid kelas masing-masing. Pada tahun ini adik Mohamad Hafizzudin Bin Mohd Zuhdi telah dipilih sebagai Tokoh Kanak-Kanak Lelaki dan adik Adik Nivetha a/p Thyagarajah sebagai Tokoh Kanak-Kanak Perempuan

Majlis Khatam Al-Quran

Ogos – Sambutan Majlis Khatam Al-Quran berlangsung di Dewan Sir Chulan. Seramai 250 murid dan guru terlibat dalam majlis khatam ini. Majlis ini bertujuan memupuk budaya membaca Al-Quran. Pada majlis ini, sumbangan bantuan telah diberi kepada anak-anak yatim sebagai persediaan menyambut hari raya. Majlis ini dianjurkan oleh Panitia Agama Islam dengan kerjasama PIBG

Kejohanan Sukan Tahunan

September -  Kejohanan Sukan Tahunan pada tahun ini disambut secara dalaman. Acara sukan ini telah dirasmikan oleh En. MohdZuhdi Bin Hashim, YDP PIBG  SK Raja Chulan.. Bagi memastikan penglibatan semua murid, pelbagai acara sukan telah dijalankan seperti acara sebelum sukan, sukantara, sukaneka dan permainan sukan padang \. Kemuncak acara ialah pertandingan tarik tali.Rumah Kuning telah dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Kejohanan Sukan pada tahun ini. Tahniah diucapkan kepada rumah Kuning.

Sambutan Bulan Kemerdekaan Meriah


31 Ogos – Sambutan bulan kemerdekaan disambut dengan meriah pada tahun ini. Majlis sambutan dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku dan lagu-lagu patriotik. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tn Hj Ismail bin Mohamed , Guru Besar SKRC. Sambutan ini bertambah meriah lagi dengan kehadiran pelawat-pelawat warga Jepun yang bersama-sama meyambut bulan kemerdekaan. Kemuncak acara ialah perarakan bendera oleh warga SKRC di Taman Cempaka. Perarakan ini  mendapat kerjasama daripada ahli PIBG, anggota tentera dan polis.

LAWATAN PENGARAH PELAJARAN NEGERI KE KARNIVAL PENDIDIKAN KHAS

Ogos – Tn Hj Muhamat Roli Bin Hasan, Pengarah Pelajaran Perak telah sudi meluangkan masa hadir seterusnya merasmikan Karnival Pendidikan Khas di SK Raja Chulan. Karnival ini bertujuan memupuk jalinan perhubungan masyarakat setempat dengan golongan murid kurang upaya selain memperlihatkan sistem pendidikan khas dalam mendidik OKU. Tuan Pengarah turut sudi melawat gerai-gerai jualan dan pameran yang ada di karnival ini.

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

16 Mei – Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah berlangsung secara meriah di Dewan Sir Chulan. Tema sambutan hari guru pada tahun ini ialah Guru Malaysia: 1 Aspirasi, 1 Agenda. Pada sambutan kali ini, para guru berbesar hati menyumbangkan bakat terpendam  masing-masing dengan membuat persembahan bagi menghiburkan para murid-murid.

Program Mentor-Mentee

8 April -  Pelancaran mentor mentee telah dilaksanakan bagi merealisasikan matlamat dan aspirasi Kementerian Pelajaran Malaysia dalam melahirkan suasana penyayang dengan budaya penyayang di sekolah. Pada majlis ini, seramai 48 guru SKRC telah  menjadi ibu bapa angkat kepada 68 orang murid tahun 6. Guru yang memain peranan sebagai mentor akan memberi perhatian kepada pelajaran dan menjaga kebajikan anak angkat masing-masing.

Johan Pertandingan Bercerita Negeri Perak

11 April - Adik Nivetha a/p Thyagarajah  telah dinobatkan sebagai johan Pertandingan Bercerita Peringkat Negeri pada tahun ini. Pertandingan yang diadakan di SMK Anderson itu melibatkan sepuluh peserta yang mewakili PPD masing-masing.  Selain itu, Adik Nivetha a/p Thyagarajah turut berjaya merangkul Johan dalam pertandingan pidato peringkat daerah.  Tahniah diucapkan kepada guru-guru dan adik Nivetha kerana berjaya mengharumkan nama sekolah.

Bagaimana mengimport data murid SMM/APDM ke SPS

Akhirnya saya berjaya menjumpai teknik mengimport data murid ke Sistem Pengurusan Sekolah. Ya, data murid SMM atau APDM boleh diimport ke dalam SPS. Pada mulanya saya berfikir guru kelas pasti akan terbeban sekiranya terpaksa menaip semula dari kosong data murid.
Saya pun go through SPS dan mendapati dalam Modul Pengurusan Murid terdapat submodul Perpindahan Murid. Terdapat menu Import Fail Perpindahan Murid.
Sebenarnya database kebanyakan sistem boleh dimuatnaik sama ada secara front-end mahupun back-end. Saya mendapat idea untuk memindahkan murid terlebih dahulu dengan mengeksport maklumat murid dalam sistem SPS. Setelah maklumat murid dieksport, fail murid boleh dimuatturun dalam Log Perpindahan Murid (dalam modul Pengurusan Murid). Setelah memilih Format SPS, fail zip akan dimuatturun. Sila extract, dan terdapat beberapa fail comma separated values (cvs). 
Fail yang perlu dikemaskini/modify adalah Maklumat Murid.csv. Sekiranya anda terlebih rajin, anda boleh modify semua fail csv berkenaan. Untuk memudahkan anda memindahkan data murid, saya akan kepilkan fail csv berkenaan dalam artikel ini. Sila rujuk bahagian bawah artikel untuk download fail Maklumat Murid.csv format SPS.
Namun dalam artikel saya ini, saya hanya akan menunjukcara modify fail asas murid. Anda perlu membuka sama ada fail SMM melalui SMMDATA.mdb ataupun fail Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) - eksport fail ke excel atau papar data online. 
klik pautan ini untuk mendapat maklumat lanjut 


UJIAN KOMPETENSI ICT KPM UNTUK SEMUA PENTADBIR DAN GURU SECARA DALAM TALIAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA.

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 

2. Adalah dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Pendidikan Malaysia akan menjalankan 
Ujian Kompetensi ICT secara dalam talian pada ketetapan berikut : 

Tarikh / Masa : 27 September 2013 (Jumaat) bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada 
2 Oktober 2013 jam 12.00 tengah malam dengan akses 24 jam di pautan : 

http://ict-kpm.azurewebsites.net (Hanya menggunakan kad pengenalan sebagai id ) 

3. Pengetua/Guru Besar diminta memaklumkan kepada semua guru dan para pentadbir sekolah
dan memantau status guru yang telah menjawab 
(selesai semua 30 soalan), 
belum selesai menjawab (belum habis 30 soalan) dan belum mula menjawab ujian tersebut 
(langsung tidak menjawab) di peringkat sekolah masing-masing berdasarkan modul laporan yang 
disediakan dalam sistem yang sama. 

4. Pentadbir dan guru-guru diminta tidak menunggu hingga saat-saat akhir untuk mengelakkan sebarang kesulitan. 

KLIK DI SINI UNTUK SURAT PPD 
KLIK SI SINI UNTUK SURAT JPN 
KLIK DI SINI UNTUK SURAT KPM 

Program Hari Bertemu Mesra dan Majlis Sambutan Hari Raya PPKIBP SKRC 2013




Program Pendidikan Khas Integrasi SK Raja Chulan telah mengadakan Program Hari Bertemu Mesra dan Majlis Sambutan Hari Raya pada 29 Ogos 2013 (Khamis). Program ini adalah program tahunan PPKIBP SK Raja Chulan yang akan dijalankan pada setiap tahun. Para ibubapa murid perlu hadir untuk mengambil kad laporan anak masing-masing dan menjayakan Jamuan tersebut bersama-sama semua kakitangan sekolah.

SK Raja Chulan Terima Pelawat




1 Julai 2013 (Isnin) : Sebanyak 17 pelajar Ibaraki High School dari Osaka, Jepun buat julung kali melawat Sekolah Kebangsaan Raja Chulan dalam usaha mendekatkan diri dan bercampur-gaul dengan masyarakat di luar negara.
Guru pengiringnya, Kanae Maruhashi berkata, lawatan sekolah berkenaan mendapat bantuan daripada Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) di Malaysia itu sekali gus merapatkan lagi hubungan antara rakyat kedua-dua negara.
Pada sesi lawatan tersebut, pelajar-pelajar Ibaraki High School yang rata-ratanya berusia dalam lingkungan 16 hingga 17 tahun beramah mesra dengan warga SK Raja Chulan selain menampilkan persembahan 'soran' yang juga tarian kebudayaan Jepun.


Program Terapi Keselamatan di Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak




Program Pendidikan Khas Integrasi SK Raja Chulan telah mengadakan Program Terapi Keselamatan di Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak pada 19 Jun 2013 (Rabu). Di sini, murid-murid dapat merasai sendiri pengalaman melihat pelbagai jenis kereta bomba dengan lebih dekat lagi selain dapat melihat latihan kebakaran dan kawad kaki yang dilakukan oleh ahli-ahli bomba. Murid-murid pendidikan khas ini mendapat pengalaman dan ilmu yang berguna dari program terapi tersebut.

Program Terapi Komunikasi di RTM (Ipoh), Jabatan Kimia dan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia


Program Pendidikan Khas Integrasi SK Raja Chulan telah mengadakan Program Terapi Komunikasi di RTM (Ipoh), Jabatan Kimia dan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia pada 9 Mei 2013 (Khamis). Di Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia terdapat juga Muzium Geologi yang memainkan peranan penting sebagai pusat pendidikan dan pembelajaran geologi dan geosains di dalam negara. Murid-murid pendidikan khas ini mendapat pengalaman dan ilmu yang berguna dari program terapi tersebut.


Cara Mengundi PRU 13 Pilihanraya Umum SPR 2013

Terdapat hanya 7 langkah di perlukan untuk melakukan undian terhadap parti politik atau pemimpin yang korang nak untuk jadi wakil rakyat yang memperjuangkan hak asasi sebagai rakyat Malaysia. Berikut adalah panduan bagaimana cara untuk kita mengundi pada 5 Mei 2013 ini.

Di sini di sertakan imej yang sebenar bagaimana prosedur mengundi ini berlaku:


Latihan Kawad Kebakaran

16 April 2013 : SK Raja Chulan telah menganjurkan latihan kawad kebakaran . Seluruh warga sekolah, guru, staf dan pelajar bersama-sama menyertai latihan ini.

Antara matlamat program ini ialah untuk memberi pendedahan tentang bahaya kebakaran dan cara-cara menangani kejadian tersebut dengan latihan praktikal seperti menggunakan alat pemadam api dan cara menyelamatkan diri tatkala kejadian. Beberapa simulasi kebakaran telah diadakan  bagi pendedahan dan pengalaman secara terus kepada semua yang mengikuti latihan tersebut.
Rata rata kesemua yang hadir telah menunjukkan kepekaan dan keprihatinan dan merasakan pengalaman dan ilmu yang ditimba amat berguna bukan sahaja semasa di sekolah malah di hari mendatang juga.

Pertandingan Pidato Kelompok 8 Kinta Utara


11 April - Adik Nivetha a/p Thyagarajah  telah dinobatkan sebagai johan Pertandingan Pidato Kelompok 8 Kinta Utara hari ini.

Menerusi kemenangan tersebut, Adik Nivetha  akan mewakili kelompok 8 ke Pertandingan Pidato Peringkat Daerah Kinta Utara  dijadualkan pada Mei depan.
Naib johan pula disandang oleh peserta daripada SK Sg Rokam  dan tempat ketiga disandang oleh wakil SK Rapat Jaya. Tahniah diuacapkan kepada semua pemenang.


MERIAH!! MAJLIS PENUTUPAN KEJOHANAN RAGBI MSSM 2013


30 April - Majlis penutupan Kejohanan Ragbi MSSM 2013 disambut dengan meriah petang semalam pada jam 5.30 petang setelah tamatnya perlawanan akhir Kategori Bawah 18 tahun yang menjadi perlawanan kemuncak bagi kejohanan pada tahun ini.
Majlis penutup dirasmikan oleh Pengarah Pelajaran Perak, Tn Hj Muhamat Roli bin Hj Hassan bersama-sama dengan dif-dif terhormat yang lain. Majlis penutupan berlangsung sejurus selepas tamatnya perlawanan akhir antara pasukan Negeri Selangor dan

Lawatan Sambil Belajar ke Kuala Lumpur (Pendidikan Khas)

Program Pendidikan Khas Integrasi SK Raja Chulan telah mengadakan Program Lawatan Sambil Belajar ke Kuala Lumpur pada 21 Mac 2013 (Khamis). Antara tempat yang  dilawati ialah Pusat Sains Negara, Aquaria dan Muzium Negara. Murid-murid pendidikan khas mendapat pengalaman dan ilmu yang berguna dari lawatan tersebut. Program lawan yang menjadi rutin tahunan akan diteruskan lagi pada tahun hadapan di destinasi yang lebih menarik lagi.

Larian Merentas Desa

Alhamdulillah Pada hari ini Sabtu 14 Februari , acara Larian Merentas Desa telah selamat berjalan dengan lancarnya.  Semua guru telah memberikan kerjesama yang memuaskan.
Para pelajar juga telah menunjukkan kesungguhan dan keazaman yang cukup tinggi sepanjanag acara larian berlangsung.Pertandingan ini adalah bertujuan mengcungkil bakat baru untuk pertandingan di peringkat daerah kelak. Segala format pertandingan dan pengurusan sukan merentas desa dilaksanakan mengikut standart MSSN bertujuan memberi pendedahan kepada semua yang terlibat mengenai pengelolaan sukan merentas desa. Guru-guru dan murid-murid memperolehi pengalaman yang berguna dalam pertandingan ini.Pihak sekolah juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya angkatan tentera, polis, ibu bapa bekas-bekas pelajar sekolah, para guru, kakitangan sekolah yang membantu menjayakan program ini. Tidak lupa juga kepada YDP PIBG En Zuhdi B Hashim kerana telah banyak menyumbangkan masa dan keringat untuk menjayakan program ini. Pihak sekolah ingin mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya memenangi larian di semua peringkat kategori.
Majulah Sukan Untuk Negara





ADIK NIVETHA MENANG HADIAH DARI ASTRO TVIQ

Tahniah kepada adik Nivetha Nithiya kerana memenangi hadiah daripada ASTRO TVIQ (Pertandingan Trivia ). Adik Nivetha berjaya menjawab semua soalan dengan betul. Tahniah kerana mengharumkan nama sekolah.












MAJLIS PERLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH DAN PSS, KETUA /PENOLONG KELAS/, PRS DAN BRIGED BESTARI.


 Upacara pelantikan Pengawas Sekolah, Pusat Sumber Sekolah, Ketua dan penolong kelas, PRS dan Briged Bestari sesi 2013 telah dijalankan pada hari ini , 2 Februari 2013. Guru Besar telah menyampaikan amanat dan pesanan kepada semua pengawas yang dilantik agar menjadi contoh kepada murid lain dari segi penampilan, kebersihan diri dan sikap. Setiap pengawas perlu ada buku catatan kecil untuk tindakan semasa bertugas. Semoga semua pengawas yang dilantik dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan berhemah. Pada tahun ini, dua unit baru telah ditubuhkan iaitu  Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan Briged Bestari.
Terima kasih juga kepada AJK Pengawas kerana menguruskan majlis dengan baik.

AKAN ADA LAGI BERITA GEMBIRA BUAT PENJAWAT AWAM - MUHYIDDIN

KOTA BAHARU, 31 Jan (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menolak kemungkinan akan ada lagi beberapa berita gembira bakal diumumkan buat kira-kira 1.4 juta penjawat awam di negara ini apabila beberapa permasalahan mereka dapat diselesaikan tidak lama lagi.

Beliau berkata kerajaan sememangnya mengambil berat soal kebajikan penjawat awam yang telah banyak membantu membangunkan negara selama ini.

"Saya faham telah banyak perkara yang telah dapat diselesaikan oleh kerajaan namun masih ada beberapa perkara yang belum selesai.

"Tunggulah dan berdoalah agak panjang daripada biasa kerana mungkin ada berita baik akan diterima (oleh penjawat awam) tidak lama lagi," katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Khas Bersama Penjawat Awam Persekutuan dan Negeri Kelantan di Dewan Utama, Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan di sini, Khamis.

sambutan maulidur rasul 2013 meriah!

Alhamdulillah, pada tahun ini sekolah sekali lagi berjaya mengadakan sambutan maulidur rasul pada hari ini 25 januari 2013.

Tujuan utama program ini dijalankan ialah supaya pelajar-pelajar Islam  dapatmerasai pengalaman untuk menghadiri program bercorak keIslaman , di samping dapat menyemarakkan lagi rasa kecintaan kepada Nabi Muhammad S.A.W, Insha Allah.

Majlis sambutan dimulai dengan ucapan alu-aluan pengacara majlis seterusnya mendegar ceramah yang disampaikan oleh ustaz Syed Al Bakri  Bin Syed Ishak dari SK Dato Ahmad Said Tambahan I. Isi ceramah yang disampaikan menarik minat pelajar untuk mengetahui sejaran dan perjuangan Rasullulah dalam menegakkan syiar Islam.

GAJI PENJAWAT AWAM NAIK HINGGA 5 PERATUS

Kadar ikut prestasi, implikasi kewangan kerajaan

Putrajaya: Penjawat awam yang mencapai tangga gaji maksimum mungkin menerima kadar kenaikan gaji antara dua hingga lima peratus yang dijangka diumumkan pada bulan depan. 

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa, berkata kajian mengenainya sudah selesai dilaksanakan tetapi kadarnya akan bergantung kepada prestasi dan implikasi kewangan kerajaan. 


Saya tidak mahu lihat penjawat awam melakukan tugas dengan baik tetapi menerima gaji yang statik...ini yang ingin saya ketengahkan," Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara
Markah 80 dan ke atas

Bagaimanapun, katanya, kenaikan gaji itu hanya membabitkan kakitangan awam yang mempunyai prestasi perkhidmatan cemerlang serta mencatat markah 80 dan ke atas dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT).

Bantuan sekolah RM100 dibayar 15 Jan

Bantuan persekolahan sebanyak RM100 telah disampaikan kepada pelajar bermula 15 Jan ini, Majlis penyampaian telah diadakan di dewan Sir Chulan. Dalam ucapan Tuan Hj Ismail Bin A. Mohamed, guru besar SKRC  beliau menyebut  “Duit RM100 ini mesti diserahkan kepada ibu bapa pelajar

Oreintasi Murid Tahun 4 2013

9 Januari - Program orientasi Tahun 4 telah dijalankan bermula pada 8 Jan selama 4 hari.  Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada murid tahun 4 yang baru melangkah ke Tahap 2 tahun ini. Aspek pendedahan merangkumi kurikulum,HEM dan kokorikulum. Murid diberi penegasan mengenai kepentingan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktivit yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Pada

Frame Photo menarik

Frame Photo yang cantik dan menarik boleh download di sini  





Arbesque yang menarik.

Caligraf Islamic yang cantik dan menarik boleh download di sini 




Caligraf Islamic Menarik.

Caligraf Islamic yang cantik dan menarik boleh download di sini